Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau mengarahkan poster gambar Tun Mahathir dipotong menjelang pertandingan PRU14. – Foto Buletin Media

Gambar yang memaparkan pihak berkuasa memotong wajah Tun Dr Mahathir Mohamad dari papan kempen DAP memberi kesan besar kepada kekalahan Najib Razak dan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sekian lama menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kecenderungan berpihak kepada BN menuding jari kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas kejadian berkenaan.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Najib kini bekas PM menafikan memberi arahan kepada atau masuk campur dalam tindakan SPR.

Najib berkata, jika dia masuk campur dalam proses pilihan raya, BN tidak akan kalah dalam pilihan raya 9 Mei lalu.

Najib juga mendakwa terdapat khabar angin yang mengatakan ada orang dalam yang melakukan sabotaj dalam SPR dan Umno bagi melihat Dr Mahathir menang.

“Ini hanya spekulasi. Maksud saya, ada orang kata ia sabotaj, kita tidak tahu. Saya tidak mahu membuat tuduhan,” katanya.

Nota Ana Ghoib: Hakikatnya di dalam Umno terdapat bukan ramai orang pandai tetapi ‘memandai-mandai’ – seperti tikus membaiki labu – benda sudah elok tambah dirosakkan atau yang rosak menjadi lebih teruk kerosakannya.

Ini semua terjadi kerana semua mahu memberi idea membodek mengampu tuan besar dewata di atas.

Akhirnya dari hidup bergentayangan terawangan pada ketinggian 36 ribu kaki di udara dalam jet super mewah ekslusif tiba-tiba tuan besar jatuh terjunam terpacak di muka bumi berdepan realiti.

Apa pun nasihat dan teguran tidak dipeduli malah diancam laporan polis, SPRM dan LHDN dengan risiko tangkap, penjara atau harta disita.

Allah telah berfirman di dalam Al Quran mengenai orang yang keras kepala [bersikeras] dan berlaku sewenang-wenangnya pasti akan dibinasakan, contohnya kaum Nabi Shuaib dan Nabi Saleh.

Firman Allah: Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)? – (At-Taubah 9:126)

Ingat kes MH370 – MH17 dan kes helikopter kawan sendiri terhempas atau kes banjir kuning Kelantan juga gempa yang mematahkan puncak Kinabalu? Apakah mereka insaf tetapi bertambah degil dalam kekufuran tanpa segan silu memperalatkan politik agama pula untuk lebih kuasa dan kekayaan.

Firman Allah: Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). – (An-Nazi’at: 37-39)

…dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hamba-(Nya). (Fushshilat: 46)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – Ana Ghoib Huds’s

KLIK BACA: Kami polis akan pertahan Amar Singh, Fuzi Harun jawab Najib

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: Syarikat emas Lubnan saman Rosmah RM60 juta barang kemas dirampas polis

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

KLIK BACA: Najib ditangkap kita simpati tapi fikirkan bagaimana mewahnya JHO LOW

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share