Zeti Aziz jawab tuduhan Najib bahawa beliau tahu wang RM2.6 bilion dalam akaunnya dan tidak merasa ia adalah kesalahan bagi Bank Negara. – Foto The Malaysian Times

Tan Sri Zeti Akthar Aziz menolak dakwaan beliau tahu tentang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13) tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.

“Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan ini adalah salah. Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaunnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas penangkapan Najib.

Zeti juga mendakwa bahawa pada 3 Julai 2015, beliau dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya ketika kemuncak skandal tersebut.

“Dia meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung akaunnya itu.

“Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai urusan dalam akaunnya,” katanya.

Menurut Zeti, seorang menteri kabinet, yang tidak namakan, juga membuat permintaan yang sama dan beliau memberitahunya keputusan yang sama.

Bekas gabenor bank pusat itu mengulas dakwaan Najib yang berkata Zeti menyedari mengenai transaksi itu tetapi tidak mempersoalkannya.

KLIK BACA: Najib cuma ada 4 juta isteri anak perlu cari duit, peguam rayu kurangkan jaminan 1 juta

DIKEMASKINI: Khairuddin akan buktikan berlian merah jambu milik Rosmah, polis tidak jumpa?

DIKEMASKINI: Najib hari ini didakwa pecah amanah berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebat

DIKEMASKINI: Khairuddin dedah jumpa Najib sebelum ditangkap hari ini 

KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share