Zeti Akhtar Aziz akan mengulas dakwaan beliau maklum lebih awal transkasi RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib Razak apabila tiba masanya. – Foto The Malaysian Times

Bekas Gabenor Bank Negara yang kini Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata beliau akan memberi ulasan berhubung dakwaan bekas perdana menteri Najib Razak yang beliau mengetahui kewujudan RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun peribadinya pada 2013.

“Saya tidak akan memberi komen sekarang tetapi akan sampai masanya anda menerima komen mengenainya,” kata Zeti kepada pemberita di Menara Ilham, Kuala Lumpur hari ini.

DIKEMASKINI: Zeti – Najib sendiri minta saya cakap dia tak buat salah

DIKEMASKINI: Khairuddin dedah jumpa Najib sebelum ditangkap hari ini 

Semalam, Najib berkata beliau tidak bimbang mengenai RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun banknya pada 2013 kerana kewujudannya diketahui Zeti, yang tidak mempersoalkannya.

Zeti adalah gabenor bank pusat ketika didedahkan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Untuk rekod, Zeti dalam satu sidang medianya di Bank Negara sewaktu kemuncak pendedahan derma RM2.6 bilion tersebut pernah berseloroh dengan wartawan bahawa dirinya tidak boleh mengulas berkaitan isu itu atau akaun individu kerana bimbang akan ditahan sebaik melangkah keluar pintu.

Najib kini sedang disiasat berhubung penyelewengan dan pengubahan wang haram yang disalurkan daripada 1Malaysia Development Bhd tetap mempertahankan wang berbilion ringgit terdapat dalam akaun banknya adalah derma dari Arab Saudi dan ia sudah dipulangkan.

Namun begitu tidak diketahui kepada siapa ia pulangkan dan timbalannya Zahid Hamidi kini disiasat SPRM atas pengakuannya telah bertemu penderma tersebut. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Zeti – Najib sendiri minta saya cakap dia tak buat salah

DIKEMASKINI: Khairuddin dedah jumpa Najib sebelum ditangkap hari ini 

KLIK BACA: Terkini: Najib ditangkap SPRM di rumahnya, didakwa 10 tuduhan

KLIK BACA: Khaled akui Umno silap besar caci hina Tun Mahathir

KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 

KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga? 

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share