Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan lelaki yang ditahan bersama dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne adalah kabin kru syarikat mereka. – Foto ABC News

“Malaysia Airlines mengesahkan kabin kru telah ditahan oleh pihak berkuasa Australia pada 13 Mei 2018,” demikian kenyataan MAS kepada mStar Online pada Sabtu.

Bagaimanapun MAS berkata pihaknya tidak dapat memberikan kenyataan lanjut berhubung kes ini.

“Pihak kami tidak dapat memberi kenyataan selanjutnya berikutan siasatan masih dijalankan serta tarikh perbicaraan mahkamah belum selesai.

“MAS juga sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini Herald Sun dan Daily Mail Australia melaporkan seorang atendan penerbangan MAS warganegara Malaysia ditahan di Melbourne.

Dalam laporannya, lelaki itu ditahan atas dakwaan menyeludup heroin bernilai AS$1.4 juta ke Australia.

Kru terbabit, ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne selepas didakwa mengimport 3.5kg heroin dalam penerbangan komersil.

Herald Sun dalam laporan eksklusifnya melaporkan lelaki berusia 33 tahun itu adalah pekerja syarikat penerbangan MAS.

Pegawai Pasukan Penguatkuasaan Sempadan Australia melihat lelaki itu berkelakuan mencurigakan setelah tiba dari Kuala Lumpur.

Para pegawai menyiasat lelaki tersebut dan didakwa menemui 10 bungkusan yang dibalut dengan pita pelekat. – Sumber mStar

KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 

DIKEMASKINI: Menteri Umno dipanggil SPRM kes guna wang yayasan bayar kad kredit miliknya dan isteri

KLIK BACA: Debat Presiden -Khairy kesal sokong 1MDB, sindir Zahid undi polis jatuh PRU14?

KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga? 

DIKEMASKINI: Kerajaan akan jual semua barang kemas, beg dirampas dari Najib – Guan Eng

KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya

KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB? 

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share