Seorang atendan penerbangan telah ditahan atas dakwaan menyeludup heroin bernilai AS$1.4 juta ke Australia. – Foto AP

Kru terbabit, warganegara Malaysia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne selepas didakwa mengimport 3.5kg heroin dalam penerbangan komersil.

Herald Sun dalam laporan eksklusifnya melaporkan lelaki berusia 33 tahun itu adalah pekerja syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Pegawai Pasukan Penguatkuasaan Sempadan Australia melihat lelaki itu berkelakuan mencurigakan setelah tiba dari Kuala Lumpur.

Para pegawai menyiasat lelaki tersebut dan didakwa menemui 10 bungkusan yang dibalut dengan pita pelekat.

“Bungkusan tersebut menjalani ujian awal dan menunjukkan tanda ia adalah heroin,” seorang jurucakap Polis Persekutuan Australia memberitahu Daily Mail Australia.

Saksi memberitahu The Herald Sun bahawa lelaki itu kelihatan seperti tahu bahawa ‘sesuatu akan berlaku’ sebelum dia ditangkap.

“Dia pergi ke arah beg tetapi meninggalkannya di karusel selama beberapa minit, mereka menunggu sehingga dia mengambil beg itu sebelum menangkapnya,” kata saksi itu.

Lelaki itu telah didakwa memiliki dan mengimport kuantiti komersial dadah kawalan sempadan iaitu heroin. Dia akan hadir di mahkamah pada 6 Ogos. – DailyMail

DIKEMASKINI: MAS sahkan kru ditahan seludup dadah di Melbourne

KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 

DIKEMASKINI: Menteri Umno dipanggil SPRM kes guna wang yayasan bayar kad kredit miliknya dan isteri

KLIK BACA: Debat Presiden -Khairy kesal sokong 1MDB, sindir Zahid undi polis jatuh PRU14?

KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga? 

DIKEMASKINI: Kerajaan akan jual semua barang kemas, beg dirampas dari Najib – Guan Eng

KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB? 

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share