Naib Presiden Gerakan Dominic Lau mengumumkan parti itu keluar dari Barisan Nasional. – Foto NSTP

Gerakan memutuskan untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) berikutan kekalahan mengejutkan pada pilihan raya umum bulan lalu.

Ia diumumkan oleh Naib Presiden parti itu, Dominic Lau selepas mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini, yang berkata keputusan “sebulat suara” itu dicapai mengikut kehendak akar umbi parti.

“Salah satu keputusan yang telah kita buat ialah kita sebulat suara memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional. Sebab utama (tinggalkan BN) adalah kerana suara, pendapat dan juga kehendak akar umbi.

“Oleh itu, semasa mesyuarat jawatankuasa pusat parti, kita berbincang dan (kita) memutuskan untuk mendengarkan (kehendak) akar umbi. Sebab itulah kami memutuskan untuk meninggalkan Barisan.

“Ini adalah satu keputusan yang sukar untuk dibuat, ini adalah mesyuarat jawatankuasa pusat kedua/ Dalam mesyuarat pertama kita mempunyai dua pendapat, ada yang merasakan bahawa kita harus keluar, ada yang merasakan kita harus kekal. Dalam mesyuarat ini kita semua memutuskan untuk meninggalkan Barisan,” kata Lau kepada Malaysiakini di ibu pejabat Gerakan di Cheras hari ini.

Sementara itu, The Malaysian Insight melaporkan Lau berkata, Gerakan tidak takut disiasat kerajaan PH berkenaan aliran wang 1MDB disyaki pergi ke parti-parti BN.

Straits Times melaporkan menurut sumber kerajaan berkata jika wang 1MDB ditemui masuk ke akaun parti-parti komponen BN maka ia akan dibekukan sehingga perbicaraan selesai. – MRM

KLIK BACA: Hadi – Islam tak galak sebar kesalahan orang, media sebar fitnah Akhir Zaman

KLIK BACA: UMNO tak ubah umpama Jantan Kabaret

KLIK BACA: Najib SALAH – Umno ditimpa bala tuhan bukan ujian

KLIK BACA: Semua tak tahu, Najib tahukah masih suami Rosmah, bapa tiri Riza Aziz?

KLIK BACA: “Anwar tersenyum lega kalau Zahid jadi Presiden Umno”

KLIK BACA: Mufti Pahang: Tak perlu Tabung Harapan, cukai yang dikutip cukup bayar hutang negara

KLIK BACA: Skandal Umno-BN takutkan pelabur, Anwar silap tegur Guan Eng

KLIK BACA: Universiti bukan tempat membodek kerajaan – Patriot

KLIK BACA: Pejabat Putrajaya ditinggalkan bersepah selepas PRU14, kata PM Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share