500 orang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang berbanding 80 ribu orang di rumah terbuka yang di hoskan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di Seri Perdana, Putrajaya,

Malaysiakini melaporkan dalam temubualnya bersama pengunjung ada yang tidak kisah dengan segala pertuduhan terhadap Najib, termasuk serbuan yang dijalankan ke atas rumah atau kediaman yang dikaitkan dengannya.

Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Radin, 41 berkata beliau hadir di rumah terbuka Najib di Pekan tahun ini kerana keluarganya, terutama isterinya, adalah peminat tegar bekas perdana menteri itu

“Kita tak boleh nak sangka buruk atau baik seseorang itu. Kita kena bersangka baik terhadap kedua-dua pihak. Sebab saya sendiri pun agen property so bila saya berurus dgn hal-hal hartanah ini, melibatkan purchaser dengan vendor jadi saya kena protect kedua-dua pihak,”

Radin percaya bahawa beg berjenama yang disita oleh polis dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib hanyalah sekadar hobi bagi pengumpul.

“Kita nampak daripada golongan orang senang, dia akan dapatkan benda dengan mudah sebab dari segi kewangan dia pun okay jadi tak ada masalah bagi dia, jadi saya tak terkejut langsung,” katanya dipetik Malaysiakini.

Nota Ana Ghoib: Masalah budaya berbuat sesuka hati ras Melayu

Sebenarnya taktik memakai barangan mewah kepada sesetengah pemimpin sejak dari kerajaan silam adalah sebagai lambang pengaruh, kemegahan bagi menakutkan musuh atau menonjolkan kekayaan negeri juga bagi menundukkan hamba rakyat agar patuh terkesima.

Ditambah kepada bani Melayu adalah memakai di awal nama pangkat darjah kebesaran begitu juga dalam bidang agama mereka memakai gelar ‘Haji’ walhal ia bukan sunah yang mana jika tidak berhati-hati boleh mencetuskan rasa riak.

Di bawah adalah dialog penduduk Madyan kaum Nabi Syuaib yang kaya raya berbuat sesuka hati tidak adil dalam timbangan dan sukatan lagi suka mengurangkan hak rakyat.

Mereka berkata: “Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? – (Hud 11:87)

Dan sebagai nasihat telah berkata Nabi Isa kepada kaum Yahudi bahawa; ‘kamu tolak kebenaran kerana kamu mahu menjaga kebiasaan dan budaya kamu’.

Mustahil jugalah orang bergaji 30 ribu sebulan menyimpan ratusan juta wang dan hadiah. Jika hadiah mewah sebagai balasan untuk apa?

Satu perbuatan yang akhirnya menjadi ikutan ketua bahagian mungkin kerana jika menyimpan di bank akan disoal gabenor.

Akhir kalam pernah Nabi Muhammad marah kepada seorang sahabat kerana membawa pulang hadiah sampingan diberikan orang khusus untuk dirinya semasa mengutip cukai.

Masalahnya Nabi marah kerana dalam jawatan beliau menerima hadiah itu.

Firman Allah: Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. – (Al-Nahl 16:64)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – Ana Ghoib 

KLIK BACA: Pejabat Putrajaya ditinggalkan bersepah selepas PRU14, kata PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib mungkin dituduh gubah wang haram dan salah guna harta – Reuters

KLIK BACA: Rakyat patut berterimakasih kepada Rosmah, penasihat Najib

KLIK BACA: Najib kes sedih ahli politik terputus hubungan dengan rakyat, pengundi

KLIK BACA: Dr Mahathir tolak tawaran Jho Low jumpa SPRM, Polis di Dubai

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share