Bekas wartawan NST Mustapha Kamil yang terjejas kerana tulisannya mengenai skandal 1MDB serta Najib Razak memuat-naik gambar anak saudaranya yang merupakan peminat Menteri Pertahanan Mohamad Sabu atau Mat Sabu menyambut raya dengan cara unik.

Sebelum ini Bernama melaporkan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berikrar mendedahkan semua salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam Kementeri Pertahanan sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini jika ia terbukti benar berlaku.

Katanya, terdapat beberapa isu berkaitan kementerian itu sebelum ini ditimbulkan terutama berkaitan perolehan aset ketenteraan dan ia akan disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan Khas bagi isu-isu tadbir urus, perolehan dan kewangan negara yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Termasuk oleh Tan Sri Rafidah Aziz berkaitan penswastaan tanah Angkatan Tentera Malaysia dan pembelian kapal selam Scorpene juga isu-isu berkaitan dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Mohamad percaya jawatankuasa itu mampu merungkai pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan sebelum ini dan mengubah persepsi negatif masyarakat yang boleh mencalarkan imej kementerian itu.

KLIK BACA: Pejabat Putrajaya ditinggalkan bersepah selepas PRU14, kata PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib mungkin dituduh gubah wang haram dan salah guna harta – Reuters

KLIK BACA: Rakyat patut berterimakasih kepada Rosmah, penasihat Najib

DIKEMASKINI: Dr Mahathir kata salam 55 ribu orang, tiada lagi sepanduk I Love PM

KLIK BACA: Najib kes sedih ahli politik terputus hubungan dengan rakyat, pengundi

KLIK BACA: Dr Mahathir tolak tawaran Jho Low jumpa SPRM, Polis di Dubai

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share