Jho Low didakwa dilindungi oleh China dan UAE dan enggan pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan ke 1MDB.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tawaran Low Taek Jho untuk bertemu dengan penyiasat Malaysia di Dubai, lapor Wall Street Journal.

Jho Low atau Low Taek Jho dituduh dalang kecurian berbilion ringgit daripada dana 1Malaysia Development Bhd.

Semalam The Malaysian Insight melaporkan menurut sumber kerajaan Jho Low memberitahu pasukan petugas yang menyiasat 1MDB bahawa dia bersedia bertemu mereka di Dubai.

Sebagai pendahulunya pertemuan itu, peguam Jho Low dijangka bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di UAE.

Perdana Menteri menolak tawaran itu dan mesej itu disampaikan melalui perantara, kata WSJ.

Dr Mahathir berkata adalah sulit untuk melepaskan tanggungjawab Jho Low terhadap skandal 1MDB sebagai balasannya atas kerjasamanya dalam menjejaki ke mana wang itu pergi.

Jho Low adalah orang kepercayaan Najib Razak, yang kini disiasat berhubung dengan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang wang tunai darinya disalurkan ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri Najib.

Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China yang menjadi tempat berlindung Jho Low. Putrajaya kini menggunakan komunikasi saluran balik dengan Beijing untuk cuba mencari kembali Low ke Malaysia, laporan WSJ.

Portal BHOnline melaporkan kesediaan Jho Low memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Malaysia bukan satu kebetulan kerana dipercayai selama Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) berkuasa dan memberikannya perlindungan daripada pendakwaan, dia bersembunyi dan menutup mulut namun semuanya berubah selepas 9 Mei lalu apabila Pakatan Harapan (PH) menyingkirkan BN dari Putrajaya.

Pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan siasatan terhadap 1MDB dan mendakwa Najib sebagai keutamaan.

Dengan latar belakang inilah ‘tabir’ yang selama ini melindungi Jho Low tersingkap. Beliau sejak itu mengirimkan isyarat mahu bekerjasama dengan pentadbiran Dr Mahathir dan SPRM.

KLIK BACA: Rakyat patut berterimakasih kepada Rosmah, penasihat Najib

KLIK BACA: Najib kes sedih ahli politik terputus hubungan dengan rakyat, pengundi

KLIK BACA: Dr Mahathir tolak tawaran Jho Low jumpa SPRM, Polis di Dubai

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Jho Low serah sendiri surat, PM Tun Mahathir tak beri muka

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share