Ulangsiar artikel Khairuddin Abu Hassan yang mencadangkan Rafizi Ramli diberi jawatan dalam kerajaan Pakatan Harapan. – Foto Astro Awani

Pembaca di Majalah Review Malaysia – MRM menyokong usul tersebut malah menyarankan Rafizi diberi jawatan pengerusi Felda, Tabung Haji, 1MDB, Pengarah Penjara dan Ketua Audit Negara.

Mungkin cadangan pembaca MRM hanya gurauan kerana mereka tahu Rafizi juga berpendirian bahawa 1MDB harus dibubarkan kerana beban hutang manakala pekerja yang tinggal cuma Arul Kanda musuh ketatnya isu 1MDB. Arul pula dilapor Malaysiakini semalam berlagak seperti peguam sewaktu disoal oleh pegawai kementerian kewangan.

Untuk rekod Rafizi seorang akauntan bertauliah seperti Menteri Kewangan Lim Guan Eng adalah pengkritik tegar 1MDB, malah pernah laporan polis dibuat terhadapnya kerana mengkritik Tabung Haji juga LTAT. [Klik SINI baca semua berita sumbangan Rafizi Ramli]

oleh Khairuddin Abu Hassan

Ini adalah masa untuk keseluruhan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan bekerja secara bersungguh-sungguh untuk tunai segala janji-janji pada 32 juta rakyat malaysia!!

Kita mesti ‘perform’ secara kadar segera berfasa-fasa bagi melunaskan setiap butiran yang tertera dalam manifesto Pakatan Harapan!!

Rafizi Ramli tidak perlu pertikai lagi Pakatan Harapan menang pru14 atas faktor apa?!

Bagi saya rumusan kajilidik untuk membuktikan Pakatan Harapan menang PRU14 bukan atas dasar populariti Tun Dr. Mahathir Mohamad atau sesiapa saja; itu tidak relevan lagi buat masa ini!!

Masakini, adalah masa untuk semua dalam Pakatan Harapan merapatkan saf sesama kita ke arah menggembeling tenaga berkhidmat secara teramanah serta terbaik mungkin pada keseluruhan rakyat tanpa kira kaum!!

Berkhidmat dan bertungkus-lumus untuk kesejahteraan masa depan rakyat adalah elemen terpenting buat masa sekarang!!

Kita diberi mandat oleh rakyat malaysia untuk bina semula negara bukan untuk berbalah sesama sendiri atau pertikai di antara sesama kita!!

Seandainya, rumusan Rafizi dari kajilidik invoke menyatakan Pakatan Harapan menang PRU14 bukan kerana faktor populariti Tun Dr. Mahathir Mohamad; itu hak beliaulah untuk nak bercakap sedemikian rupa.

Tetapi saya nak tanya Rafizi Ramli adakah kajian invoke ini menyeluruh?! Berapa jumlah responden yang dikajiselidik?

Boleh saya tahu berapa peratus responden yang ditemui oleh invoke secara perbandingan dengan jumlah keseluruhan rakyat malaysia?!

Yang saya perhatikan banyak juga keputusan-keputusan kajian invoke tidak tepat malah kadang kala keputusan kajian invoke juga tidak konsisten!

Sesungguhnya, saya hormati Rafizi Ramli tetapi sejak kebelakangan ini saya nampak beliau macam emosional sikit!! Tak tahu lah mengapa?!

Beliau kena kurang bercakap yang tidak memunafaatkan kerajaan Pakatan Harapan!!

Insya-Allah, saya akan sarankan pada YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk mempertimbangkan memberi satu jawatan penting kepada Rafizi Ramli agar beliau lebih fokus bekerja ke arah membantu kerajaan Pakatan Harapan membina semula negara kita yang parah dirosakkan oleh Najin Razak!

Apapun, Rafizi Ramli layak menjawat jawatan penting dalam kerajaan Pakatan Harapan kerana sumbangan beliau selama ini agak signifikan!!

Ini saya tidak nafikan sama sekali!!

Cuma Rafizi Ramli jangan kelihatan terlalu emosional hingga setiap ungkapan kenyataan beliau kelihatan tidak selari dengan semangat solidariti Pakatan Harapan masakini!!

*KHAIRUDDIN ABU HASSAN – Ajk Biro Komunikasi Dan Mobilisasi Pakatan Harapan.

Nota editor: Di bawah adalah komen pembaca Majalah Review Malaysia – MRM menyokong Rafizi Ramli diberi tempat penting dalam kerajaan HARAPAN.

KLIK BACA: Orang muda suka jika Najib terima hukuman

KLIK BACA: Najib mungkin bekas PM pertama didakwa atas tuduhan jenayah

KLIK BACA: Tak perlu simpati kerajaan PH bubar JASA, Majlis Profesor Negara (MPN) – Kadir Jasin

KLIK BACA: Rafidah: Zahid tolonglah jangan mengarut derma Najib…

KLIK VIDEO: Kereta mewah Najib disorok?, wartawan berkumpul di Pavilion Residences

KLIK VIDEO: Najib orang berada kaya sejak kecil – Nazilah Idris 

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share