Hanipa Maidin membangkitkan persoalan sama ada Peguam Negara era kerajaan BN boleh didakwa kerana tidak mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang juga seorang peguam berkata, susulan kenyataan Peguam Negara berkenaan Najib tidak melakukan kesalahan dalam kes pemindahan RM42 juta daripada anak syarikat 1MDB iaitu SRC International kepada bekas perdana menteri tersebut.

Bagaimanapun, Mohamed Hanipa tidak berhasrat untuk membuat sebarang spekulasi berhubung nasib yang bakal diterima Peguam Negara berkenaan.

“Adapun isu adakah beliau juga wajar didakwa, saya tidak mahu membuat spekulasi.

“Namun, jika diandaikan Peguam Negara yang baharu nanti memutuskan akan mendakwa bekas Perdana Menteri BN di mahkamah bagi kes pemindahan RM42 juta tersebut, saya rasa berkemungkinan besar Peguam Negara itu [zaman Najib] juga berdepan risiko yang besar untuk didakwa dengan pertuduhan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Hanipa menyatakan di bawah Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan, seorang Peguam Negara ada budi bicara untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang atas sesuatu kesalahan jenayah.

“Namun seperti mana titah Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam kes Sri Lempah Enteprise tidak wujudnya budi bicara mutlak kerana ‘absolute discretion is a contradiction in terms’

“Lagipun, jika budi bicara itu dilihat telah secara sengaja disalahgunakan bagi melindungi seorang penjenayah yang jelas melakukan jenayah, saya tidak fikir budi bicara tersebut boleh melindungi hatta seorang Peguam Negara.”

Enggan berspekulasi sebaliknya Hanipa meminta seluruh rakyat sama-sama tunggu tindakan Peguam Negara yang baharu kelak.

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (Harapan) seperti Ramkarpal Singh dan Menteri SKMM Gobind Singh Deo mendesak agar Peguam Negara tersebut meletakkan jawatan secara terhormat daripada dipecat.

KLIK BACA: Kit Siang – Apandi letak jawatan atau berdepan tindakan memalukan dipecat.

KLIK BACA: Rafidah: Zahid tolonglah jangan mengarut derma Najib…

KLIK VIDEO: Najib orang berada kaya sejak kecil – Nazilah Idris 

KLIK BACA: Zaidi Ahmad hilang kerja TUDM, harap kerajaan baru batalkan sabitan bersalah

KLIK BACA: Najib masih tertanya-tanya benci dan marah rakyat terhadap dirinya dan kawan-kawan – Malam Jahanam Barisan Nasional

KLIK BACA: David Teo masih kesipuan ditampar depan Najib?

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share