Seorang penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tampil membelanya dengan memberikan rasional di sebalik pelbagai harta mewah yang dirampas pihak polis tempohari – Foto Wow Berita

Ketua Gabungan NGO-NGO Selangor Nazilah Idris berkata Datuk Seri Najib Razak tenang walaupun menghadapi ujian.

Mengenai harta kekayaan yang disita pihak polis dalam siasatan mereka ke atas keluarga Najib, Nazilah berkata tidak ada apa yang perlu dipertikaikan.

“Dia (Najib) orang terpilih untuk terima dugaan.

“Datuk Seri Najib anak perdana menteri (suatu ketika dulu) dan dia keturunan bangsawan, dia berada dalam keadaan orang kaya sejak kecil. Dia juga jadi menteri besar Pahang selama 30 tahun.

“Apa yang nak dipertikaikan tentang beg atau barang kemas yang diambil polis? Tak perlu dipertikaikan.

“Bukan dia sahaja, sesiapa saja boleh membeli dan memakai jenama macam itu. Saya rasa tak payah jadikan isu sebab tak ada kaitan dengan 1MDB,” katanya selepas menziarahi bekas presiden Umno itu di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir dalam wawancara bersama The Edge Market Daily ketika ditanya apakah beliau merasa terhutang budi dengan Tun Razak Hussein [bapa Najib] dan teragak-agak bertindak ke atas Najib berkata, Najib tidak seperti bapanya malah kes Anwar dan Najib juga amat berbeza.

Najib adalah individu yang terbabit secara langsung dengan syarikat pelaburan milik kerajaan, 1MDB kini disiasat atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan aliran tunai RM42 juta ke akaun peribadinya dari SRC International anak syarikat 1MDB yang diakui sendiri oleh Najib sebelum ini.

Najib dan isterinya Rosmah juga sudah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sebagai langkah menghalang mereka meninggalkan negara ini.

Sebelum ini juga polis mengesahkan Najib disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001. – MRM

KLIK BACA: Kenyataan bersama adik beradik Najib nafi harta peninggalan Tun Razak

KLIK BACA: Orang muda suka jika Najib terima hukuman

KLIK BACA: Tak perlu simpati kerajaan PH bubar JASA, Majlis Profesor Negara (MPN) – Kadir Jasin

KLIK BACA: Beri Rafizi jawatan kerajaan – Khairuddin

KLIK BACA: Bollywood rancang filem Dr Mahathir kembali jadi Perdana Menteri

KLIK BACA: Rafidah: Zahid tolonglah jangan mengarut derma Najib…

KLIK BACA: Umno diseru bangkitkan semangat pemberontak Melayu – Tengku Putra Haron Aminurrashid

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share