Tun Dr Mahathir Mohamad ketawa apabila ditanya tentang perasaannya yang dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berasakan dirinya tidak cukup mulia untuk dinamakan sebagai calon Anugerah Nobel.

Nobel Prize winner? I am not so noble (Menang Anugerah Nobel? Saya tidak begitu mulia),” katanya dalam nada gurauan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, semalam.

Pada 26 Mei lalu, satu kempen dalam talian dilancarkan pada untuk menamakan Perdana Menteri ketujuh Malaysia itu sebagai calon anugerah Nobel yang berprestij di dunia.

Sebagai pengiktirafan kepada beliau yang menjadi perdana menteri semula selepas bersara pada 2003, satu petisyen dilancarkan di Change.org Sabtu lalu untuk mencalonkan beliau sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan.

Portal The Malaysian Insight melaporkan, petisyen itu dimulakan oleh Alexandria Abishegam yang membandingkan Dr Mahathir dengan Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela.

Petisyen tersebut berbunyi: “Hakikatnya Dr Mahathir juga secara terbuka mengakui kesalahannya dan meminta maaf atas kesalahannya di masa lalu menjadikannya “Giant of a Man” dan pemimpin yang patut dicontohi.

“Biarpun pelbagai tipu muslihat digunakan untuk menghalang pilihan raya yang adil, Dr Mahathir telah memberi inspirasi kepada jutaan pengundi – “rakyat biasa” tanpa mengira latar belakang kaum dan agama untuk melawan semula dengan mengundi dan bersuara dalam cara yang aman dan tanpa keganasan.”

Setakat pukul 7 hari ini, petisyen itu memperoleh 101,767 tandatangan. Ia mensasarkan 150,000 tandatangan.

KLIK BACA: Najib masih tertanya-tanya benci dan marah rakyat terhadap dirinya dan kawan-kawan – Malam Jahanam Barisan Nasional

KLIK BACA: Tun Mahathir pejam mata, sebak hutang negara diumum Guan Eng, tapi…

KLIK BACA: Hutang negara, kenyataan pemimpin PAS ‘bacul’, bidas Khairuddin Abu Hassan

KLIK BACA: Pelik kenapa Anwar mahu jadi pemantau kerajaan Mahathir?

KLIK BACA: Polis jangan layan Zahid mahu wang kempen pilihan raya Umno dipulangkan

KLIK BACA: David Teo masih kesipuan ditampar depan Najib?

KLIK BACA: Selepas Najib dan Azeez giliran siapa rumah digeledah selepas ini?

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share