Khairuddin Abu Hassan yang terkenal lantang mendakwa pemimpin PAS cuba mengambil kesempatan daripada usaha kerajaan HARAPAN melangsaikan hutang negara.

Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan merujuk ceramah Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Medan Ilmu, Kota Bharu, 18 Mei lalu yang parti Islam itu boleh memerintah negara 5 tahun akan datang selepas masalah hutang negara diselesaikan kerajaan sekarang.

“Secara tidak langsung, kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah turut mengakui PAS tiada wawasan dan mereka tidak mempunyai kebolehan untuk selesaikan permasalahan negara hari ini.

“PAS mahukan kerajaan PH selesaikan semua hutang negara yang terlalu besar yang tidak mampu untuk diurus oleh parti mereka terlebih dahulu, selepas itu baru sanggup rampas Putrajaya.

“Kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah ini bernada cukup ‘bacul’ yang melambangkan jati diri hipokrasi pemimpin-pemimpin PAS,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Portal FMT melaporkan Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menerusi ceramah di Kelantan pada 18 Mei lalu berkata, PAS tidak kisah kalah pada pilihan raya umum ke-14 memandangkan negara sekarang dibebani hutang besar – selesai dulu hutang Malaysa, 5 tahun lagi kita ambil Malaysia.

KLIK BACA: Tun Mahathir pejam mata, sebak hutang negara diumum Guan Eng, tapi…

Khairuddin menambah, berbanding perjuangan hipokrit PAS, PH jujur dan ikhlas menyelamatkan negara yang berada di ambang kehancuran.

“Saya amat yakin Tuhan pun tidak akan memberkati ‘angan-angan mat jenin’ PAS yang senantiasa cuba menunggang di atas kebolehan orang lain.”

Khairuddin turut menyindir PAS terlalu berangan-angan dan pemimpinnya tidak berwawasan sehingga tersilap pilih sasaran kerjasama.

“Dulu puji Datuk Seri Najib Razak, tetapi kini PAS mengakui pula hutang negara terlalu besar, khususnya hutang syarikat 1MDB yang mana mereka pun tak mampu untuk selesaikannya.

“Inilah sebabnya kita tidak boleh percaya pada PAS yang senantiasa berdolak-dalik. Mereka ini semua orang politik yang bersandiwara. Perjuangan PAS kini sudah tersimpang jauh dari wadah perjuangannya yang asal,” katanya.

KLIK BACA: Tun Mahathir pejam mata, sebak hutang negara diumum Guan Eng, tapi…

KLIK BACA: Siapa Eddy Casmady sampai masuk dapur Anwar?

KLIK BACA: Pelik kenapa Anwar mahu jadi pemantau kerajaan Mahathir?

KLIK BACA: Polis jangan layan Zahid mahu wang kempen pilihan raya Umno dipulangkan

KLIK BACA: David Teo masih kesipuan ditampar depan Najib?

KLIK BACA: Selepas Najib dan Azeez giliran siapa rumah digeledah selepas ini?

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share