Justo bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal minggu ini dan kemudiannya hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai membantu siasatan kes 1MDB. – Foto BorneoPost

Xavier Andre Justo, bekas eksekutif Petrosaudi International yang terbabit perjanjian perniagaan bersama 1MDB antara saksi penting siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mahu dipenjara sehingga selepas pilihan raya umum ke-14 [PRU14].

Bekas pegawai PetroSaudi International itu, yang membocorkan banyak maklumat skandal tersebut, mahu dikurung di Thailand sehingga Ogos 2018.

“Saya menerima hukuman tiga tahun penjara. Kebetulan saya dihukum pada Ogos 2015. Jika tambah tiga tahun, [hukuman] itu berakhir Ogos 2018.

“Jadi saya diberitahu mereka mungkin mahu saya di penjara sehingga selepas pilihan raya umum [di Malaysia],” kata warga Switzerland itu dalam wawancara bersama The Star Online.

Justo, 52, ditahan polis negara jiran atas tuduhan mengugut bekas majikannya selepas mencuri fail dan emel berkaitan kes itu untuk dijual.

Selain menafikan mencuri fail dan emel dari pelayan syarikat tersebut, beliau juga mendakwa sengaja diperlakukan begitu untuk mencemar namanya.

Justo dalam wawancara bersama Malaysiakini pula berkata beliau terpaksa mengaku kerana keadaan penjara yang teruk.

“Tidur berasak dalam sel kecil bersama 50 orang dan lipas berkeliaran, jika mereka paksa saya mengaku bunuh John F. Kennedy pun saya mengaku,” katanya kesal.

Ketika di Thailand, beliau yang mendakwa tindakan terhadapnya bersifat politik dan usaha menyembunyi skandal itu mahu dibawa ke Malaysia.

Beberapa pegawai kerajaan Malaysia ketika itu datang melawatnya di penjara dan mahu mengekstradisinya ke sini berhubung kes itu, yang mula menggoncang politik negara.

Namun Justo tidak jadi diheret ke Malaysia atas bantuan diplomat Switzerland, antara negara yang menyiasat aliran wang haram 1MDB.

Beliau hanya menghabiskan masa selama 18 bulan dalam penjara selepas menerima pengampunan diraja sebanyak dua kali.

Justo percaya hukuman penjara tiga tahun di Thailand keterlaluan bagi dakwaan “jenayah” terhadapnya.

KLIK BACA: Beri peluang Tun Mahathir jadi PM selagi mampu jika 2 tahun tidak cukup baiki kerosakan negara

KLIK BACA: Pelik kenapa Anwar mahu jadi pemantau kerajaan Mahathir?

KLIK BACA: Polis jangan layan Zahid mahu wang kempen pilihan raya Umno dipulangkan

KLIK BACA: Polis mesti siasat dua anak Najib, cari di mana Riza Aziz?

KLIK BACA: Pengakuan KP SPRM buktikan negara pernah ditadbir ala mafia – Mahfuz

KLIK BACA: Selepas Najib dan Azeez giliran siapa rumah digeledah selepas ini?

KLIK BACA: Saya nasihat Najib jangan serang peribadi Mahathir tapi tak dengar… – Ibrahim Ali

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE