Sidang Media KP SPRM Datuk Seri Shukri Abdull diadakan ketika Datuk Seri Najib Razak pagi ini sedang disiasat berkaitan kes SRC International di pejabat SPRM Putrajaya. – Foto EPA

PUTRAJAYA: Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan cerita rekaan semata-mata tetapi adalah satu kes besar sepanjang mengendalikannya, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Menceritakan pengalaman siasatan kes itu semula, Shukri berkata beliau hampir mati dan ia merupakan satu pengalaman yang menakutkan sepanjang mengendalikan kes tersebut bersama bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Shukri berkata, ketika mengendalikan kes itu, beliau telah diugut untuk dipecat, bersara awal, dipindahkan ke unit lain iaitu bahagian latihan serta menerima ugutan peluru yang dihantar ke rumahnya.

“Saya dan Abu Kassim memulakan siasatan kes SRC International pada bulan Julai 2015 apabila beliau minta saya buka fail dan siasat akaun milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan RM42 juta.

“Kami menerima tekanan yang cukup hebat iaitu ketika menyiasat kes ini, saksi-saksi kami dilarikan malah saksi yang kami panggil untuk mengambil keterangan telah dirampas oleh pihak berkuasa yang lain untuk ditanya apakah maklumat yang diberikan kepada SPRM,”

Susulan ancaman itu, Mohd Shukri membuat keputusan melarikan diri ke Washington Amerika Syarikat (AS) pada 31 Julai 2015.

“Dalam perjalanan ke sana, saya viralkan cerita saya akan pergi ke Jeddah. Dan ketika itu pihak berkuasa Malaysia menghantar ‘red alarm’ ke Jeddah suruh tangkap saya.

“Tiba di Washington, saya berasa tidak selamat kerana ada orang mengekori saya. Pegawai saya di sana sempat ambil gambar orang yang mengekori itu.

“Kemudian saya serahkan gambar itu kepada Azam dan minta dia serahkan kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan kata saya yang ekori orang dia.

“Kemudian saya lari ke New York menaiki kereta api dan bertemu dengan kawan yang pernah bertugas di Singapura di Jabatan Polis New York (NYPD).

“Mereka memberi perlindungan selama seminggu berserta tiga ‘bodyguard’. Selepas rasa selamat saya balik ke Washington dan dapat maklumat pegawai saya ditangkap dan ditukar.

“Pada masa itu saya menangis seperti budak kecil di depan ‘Mat Salih’. Saya rasa bersalah kerana anak buah kena tangkap tetapi saya lari ke AS.

“Saya WhatsApp Shahidan Kassim dan Paul Low. Saya kata, sila kembalikan orang saya, atau saya kembali dan gunakan peguam.

“Shahidan kata,  ‘saudara jangan buat apa-apa, biar saya selesaikan. Saya janji untuk kembali.”

“Kepada Paul Low, saya beritahu akan menggunakan saya kuasa untuk menyelamatkan orang-orang saya, samada saya ditahan, saya akan lakukan ini untuk mereka dan negara, ” kata Shukri dengan emosi di dewan dipenuhi lebih daripada 100 asing dan media tempatan.

Beliau turut mendedahkan ditemui sebanyak dua kali oleh seorang Ahli Parlimen dari utara Semenanjung yang bertanya apakah beliau mahu sesuatu apabila menyiasat penyelewengan 1MDB dan mahu Najib disingkirkan.

“Saya tegaskan supaya jangan ganggu siasatan saya. Biar kami tamatkan siasatan dan serahkan kepada Peguam Negara untuk putuskan.

“Kali kedua Ahli Parlimen ini datang dan tanya, saya kata kepadanya kalau Datuk [pengikut cash of king] tanya lagi saya akan tangkap mengikut Akta SPRM,” katanya.

Ketua Pesuruhjayanya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan penyiasat SPRM sudah membuat pengesahan dengan putera tersebut pada 2015 bahawa tiada bukti wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Datuk Seri Najib Razak itu derma daripada putera Arab Saudi.

Putera tersebut tidak dapat menunjukkan sebarang dokumen, kata Mohd Shukri yang terlibat dalam siasatan tersebut pada sidang media di sini hari.

Shukri Abdull turut mendedahkan beliau bersama Tan Sri Abu Kassim Mohamed bertemu dengan menteri Kabinet dan Majlis Raja-raja bagi mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas terdapat bukti berlaku penyelewengan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Abu Kassim yang ketika menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang merancang pertemuan tersebut.

“Kami secara berasingan bertemu dengan semua menteri merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain, dengan Zahid (Hamidi) ke, Hishammuddin ke, sebab jumlahnya terlalu besar RM2.6 bilion.

“Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut.

“Sekarang apabila sudah tidak jadi menteri, ada yang telefon saya dan kata ‘kalau saya dengar cakap kamu dulu pasti tidak akan jadi macam ini’ (Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Shukri berkata, selepas usaha meyakinkan menteri tidak berjaya, beliau dan Abu Kassim mengambil inisiatif berjumpa dengan Majlis Raja-raja.

“Kami jumpa Majlis Raja-raja dua kali dan mohon kepada Tuanku supaya tengok masalah 1MDB ini dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri tetapi kami hampa,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menceritakan beliau tidak mahu bekerja dengan seseorang yang dianggap pengkhianat negara apabila Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilantik mengepalai agensi itu. – KiniTV

Ringkasan teks sidang media Datuk Shukri Abdull KP SPRM.

Ketua pesuruhjayanya yang baru Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang telah bersara memulakan sidang medianya berkata, beliau menerima tawaran menjadi KP SPRM kerana segan dengan usia Tun Mahathir yang masih gigih berjuang demi negara.

  • Ambil gambar pengintip dari Malaysia, Shukri hantar balik gambar kepada IGP dulu.
  • Dapat perlindungan polis AS selama seminggu di New York.
  • Kesal dirinya dan Abu Kassim KP SPRM dituduh pembelot
  • Tujuan mahu dapatkan wang 1MDB SRC, malah Amerika sendiri setuju untuk memulangkannya.
  • Hasil siasatan di Malaysia dan laporan DOJ hampir sama. – Susunan Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

KLIK BACA: Kenyataan bersama adik beradik Najib nafi harta peninggalan Tun Razak

KLIK BACA: Puluhan juta dalam 11 dari 26 beg yg dirampas dirumah Najib selesai dikira polis

KLIK BACA: Anwar dedah Najib telefon dua kali, keliru dan sedih

KLIK BACA: Rampasan harta Najib mungkin lebih dari Marcos, Imelda – Anwar

KLIK BACA: Apa itu SRC International bagaimana Najib boleh terkait?

KLIK BACA: Datuk Kadir Jasin jelaskan kenapa Najib Rosmah tidak takut simpan wang tunai ditempat mudah dijumpai?

KLIK BACA: Anak saya bukan kahwin dengan orang dapat BR1M – Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share