Najib mendakwa baranga yang dirampas polis adalah hadiah dan wang tunai pula derma untuk pilihan raya. – Foto StraitsTimes

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mohon diletakkan di bawah program perlindungan saksi berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mendakwa beliau dan keluarganya menerima pelbagai ugutan dan ancaman.

Bekas Perdana Menteri itu sudah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, berhubung perkara itu pada jam 5 petang, semalam.

Bercakap dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Malay Mail, petang tadi, Najib mendakwa wujud ugutan terhadap dirinya dan keluarga menyebabkan beliau membuat permohonan rasmi untuk diletakkan di bawah program perlindungan saksi.

Menurut bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam laporan polisnya, sumber ugutan itu datangnya bukan saja dari dalam negara, malah dari luar negara.

Difahamkan ugutan juga datang daripada individu yang ada kaitan dan tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan dana 1MDB di luar negara.

Menerusi laporan polis itu juga, Najib mendakwa pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pertama kali muncul di kediamannya pada waktu malam, 10 Mei lalu, iaitu sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

Beliau menyatakan pihak JSJK berada di kediamannya selama 18 jam dan merampas pelbagai barangan miliknya serta anaknya yang tidak ada kaitan dengan 1MDB.

Menerusi laporan itu juga, Najib mendakwa polis turut menyerbu tiga premis kediaman di Pavilion Tower, di sini dan merampas barang kemas, wang tunai dan barangan peribadi lain yang didakwa adalah hadiah pemberian rakan-rakannya.

Beliau turut mendakwa wang tunai yang dirampas dalam serbuan itu juga adalah wang sumbangan yang diterima untuk kegunaan kempen pilihan raya BN. – NSTP

KLIK BACA: Selasa yang malang, dua pertuduhan menanti Najib?

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya Putrakaya – Penasihat asing lebih penting dari bangsa sendiri, tidur atas duit, patutlah rayuan pilu rakyat dalam soal cukai, tarif, kos hidup, tanah yang tergadai tidak diendahkan.

Ucapan MOI dengan madah Bugis mahu kekal berkuasa biar langit runtuh berkeping-keping.

Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya). – (An-Naml 27:52)

Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. – (Al-Maaidah 5:17)

Untuk kita ingat bahawa benar firman tuhan kita yakni kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.

Susunan risalah Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Aku tiada minta upah atas urusanku ini…

KLIK BACA: Layan kami seperti manusia ada maruah, kata Rosmah

KLIK BACA: Kenapa Najib Rosmah simpan barang berharga ditempat senang dijumpai? – Kadir Jasin

KLIK BACA: Selasa yang malang, dua pertuduhan menanti Najib?

KLIK BACA: Barangan dirampas, Najib ungkit Tun Mahathir juga banyak terima hadiah termasuk 30 ekor.

KLIK TERKINI 2018: “Altantuya – Orang awam tak tahu bagaimana UTK berfungsi, kami kena ikut perintah,” – Sirul Azhar Umar

KLIK BACA: Kenyataan bersama adik beradik Najib nafi harta peninggalan Tun Razak

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share