Rafizi Ramli mengungkit kembali kes [2012] Micheal Chia ditahan di pihak berkuasa Hongkong kerana membawa berjuta dollar wang yang didakwa milik pemimpin Sabah. – Foto Free Malaysia Today

Didalam video di atas Rafizi berkata, Nazri Aziz memberi alasan tidak tahu aktiviti anaknya Nedim yang mana mengingatkan kepada Najib juga tidak tahu menahu wang 42 juta dari SRC International masuk ke akaun peribadinya.

Rafizi juga berkata Nazri membezakan isu Michael Chia adalah terpencil dari skandal NFC yang melibatkan Shahrizat dan suaminya.

Untuk rekod, pada tahun ini 2018 Nazri juga terpalit isu bayaran sistem IMAMS. [Baca di bawah] – [Video dan tajuk oleh mycempakawangi Youtube]

DIKEMASKINI 2018: Tun Mahathir: Biar SPRM siasat campur tangan ‘anak menteri’ dalam pemberian projek kementerian

Gambar yang menunjukkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dipercayai bersama bekas Ketua Pengarah Operasi syarikat Integrated Manasik Monitoring System (Imams) Sdn Bhd, Ryan Loh tular di media sosial.

Gambar tersebut tular selepas ramai pihak menyuarakan bantahan bagaimana orang bukan Islam boleh menguruskan hal berkaitan ibadah umat Islam di negara ini.

Ryan Loh dikatakan sebagai penama yang menandatangani surat pemberitahuan kepada syarikat pelancongan yang memiliki lesen khas umrah (LKU) mengenai kadar pembayaran permohonan visa bagi jemaah umrah di bawah sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams).

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu sidang media mengaku tidak tahu bahawa syarikat yang diberi tanggungjawab menguruskan permohonan visa jemaah umrah di bawah sistem Imams dikendalikan bukan Islam.

Beliau turut mengesahkan Ryan Loh telah meletakkan jawatannya dalam Imams.

Manakala, Mohamed Nazri seperti dilaporkan media berkata, keanggotaan pegawai eksekutif bukan Islam dalam Imams bukan punca sistem Imams dibatalkan serta-merta.

Beliau berkata, sebaliknya, pembatalan sistem itu dibuat kerana beliau tidak bersetuju dengan caj dan pelaksanaan yang wajib. – Sumber Sinar Online.

DIKEMASKINI 2018: Tun Mahathir: Biar SPRM siasat campur tangan ‘anak menteri’ dalam pemberian projek kementerian

BUKTI HUBUNGAN DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA, “CONFLICT OF INTEREST” DALAM PENYIASATAN TUDUHAN RASUAH RM40 JUTA – Rafizi Ramli

Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest).

Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).

KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

1 NOVEMBER 2012 – Source Rafizi Ramli blog

Nota Ana Ghoib: Untuk makluman pada Oktober 2018 bekas KM Sabah Musa Aman telah didakwa rasuah berkaitan Micheal Chia. [Baca SINI]

DIKEMASKINI 2018: Tun Mahathir: Biar SPRM siasat campur tangan ‘anak menteri’ dalam pemberian projek kementerian

KLIK BACA: Kenyataan bersama adik beradik Najib nafi harta peninggalan Tun Razak

KLIK BACA: Kenapa Najib Rosmah simpan barang berharga ditempat senang dijumpai?

KLIK BACA: Anak saya bukan kahwin dengan orang dapat BR1M – Najib

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share