Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak berharap perdana menteri baru, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh mempromosikan pemahaman Islam yang lebih sederhana, tetapi berkata ia tidak boleh sehingga menjadi “liberal”.

Datuk Fathul Bari Mat Jahaya, ahli Exco Pemuda Umno yang pernah mengepalai Sekretariat Ulama Muda Umno itu berkata, Islam yang dimahukan ialah yang mengekang liberalisme, dan pada masa sama membuka sedikit pemikiran konservatif.

“Kita tidak mahu buka sampai menjadi liberal. Kita tidak mahu liberal sampai meninggalkan fundamental agama. Fundamental itu tetap kena ada,” katanya ketika diminta komennya mengenai hala tuju pengurusan hal ehwal Islam di bawah kepimpinan Pakatan Harapan.

Istilah ‘liberal’ merupakan antara tuduhan pihak berkuasa Islam sebelum ini terhadap ahli politik Pakatan Harapan dan badan sivil.

Fathul, lulusan agama dari Arab Saudi yang menyokong kuat dasar pentadbiran Najib sebelum ini untuk cenderung ke arah negara Timur Tengah itu, berkata selain mengajak dan membuka minda rakyat, batas-batas yag ditetapkan dalam al-Quran tidak dilanggar.

“Lihat perkembangan Islam begitu positif di negara Barat dan Asia sendiri. Kita tonjolkan Islam moderat, yang mengimbangi duniawi dan ukhrawi,” katanya. – Sumber ihsan FMT

Nota Ana Ghoib: Mana ada Islam liberal? Yang ada dalam Islam soal fahaman adalah Hak dan Batil – Benar dan Salah.

Adalah salah kepada ulama Umno cuba memberi nama gandingan pendua nama kepada Islam yang tinggi lagi suci dan luhur.

*Islam Hadhari, Islam Fundamental, Islam Liberal, Islam Celup dan Islam Melayu antaranya…

Kalaulah liberal yang dimaksudkan Fathul Bari [tuduhan biasa kepada pemimpin PH] adalah isu LGBT, tukar agama dan kalimah Allah – adakah selama ini Dr Mahathir menyokongnya lagi mengenepikan undang-undang?

Bijak ulama Umno berteori dan memainkan persepsi dan konon sekarang bercakap soal mengimbangi duniawi dan ukhrawi.

Lihat video di atas bagaimana Fathul Bari ‘membayang-bayangkan’ – menggunakan kisah fitnah di zaman Rasulullah sewaktu perhimpunan agung Umno.

Kononnya jika fitnah tersebar sekali pun jangan dipukalkan tapi kenanglah jasa baik seseorang di mana beliau merujuk Najib.

Mudahnya pemikiran Fathul Bari ‘double standard’ iaitu apabila terkena kepada kawan dan pihak elitis dalam perkumpulannya maka beliau menyuruh kenang jasa dan damai – bukannya disuruh mematikan fitnah itu dengan siasatan.

Pengerusi Umno pun mungkin dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena apabila kisah Aisyah r.a isteri Rasulullah SAW mahu dijadikan ‘template’ dengan dakwaan jenayah kewangan bertahap antarabangsa yang berlaku di Malaysia.

Ringkasnya muslihat taktik perisai fitnah inilah digunakan hingga tercetus Akta Berita Palsu.

Firman Allah: Dan (mereka mencemuh Nabi Muhammad) berkata: “(Kalaulah Al-Quran menjadi bukti kenabian) sepatutnya Al-Quran ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?” – (Az-Zukhruf 43:31)

Ayat di atas adalah contoh ayat dan sikap ‘double standard’  – ayat hujahnya gah besar nampak memuji tetapi di dalamnya terkandung kebatilan.

Adakah Al Quran itu wajib turun, disampai lalu ditegakkan hukumnya hanya oleh orang kaya penguasa negeri berkuasa ternama?

Maka adakah patut pengadu salahlaku ditangkap dan dipenjara kerana dia tidak berkuasa dan tiada jawatan parti?

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB Hud’s adalah kamu kaum yang suka bertengkar!

KLIK BACA: Shafee berani nafi Sarawak Report dakwa terima wang dari Najib? – Kadir Jasin

KLIK BACA: Anwar cadang Sirul dibicarakan semula

DIKEMASKINI: Tun Mahathir lantik Shukri Abdull Ketua Pesuruhjaya SPRM

KLIK BACA: Najib pasti kena cekup dalam sehari dua ini – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

KLIK VIDEO: Dulu kata saya penjara Anwar, sekarang saya bebas dia – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share