Gani Patail dedah tidak sempat mendakwa Najib Razak kerana dipecat sebagai peguam negara. – Foto AsiaOnne

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan bagaimana beliau merancang mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya.

“Saya ingin tahu apa yang berlaku ketika dia (Gani) dipecat dan apakah hasil siasatannya.

“Dia (Gani) dakwa beliau sedang menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib dan pada pagi itu dia dilucutkan jawatannya,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Mahathir berkata beliau tidak meminta bukti atau dokumen dikemukakan dari Gani dan ia hanya katakan secara lisan.

Gani waktu itu sedang mengetuai pasukan petugas khas yang menyiasat RM2.6 bilion dalam akaun bank bekas perdana menteri dan kes SRC International.

Selepas pemecatannya yang mengejutkan kononnya atas sebab kesihatan beliau digantikan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Dalam fasa itu tersebar kertas pertuduhan terhadap Najib tetapi pentadbiran kerajaan wakti menolaknya sebagai palsu.

Anggota pasukan petugas khas yang lain adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sebelum dan selepas menjadi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mendakwa pengganti Gani membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

Mahathir menuduh Apandi menyembunyikan bukti berkaitan 1MDB yang mana beliau menafikan dakwaan tersebut.

Najib mendakwa wang RM2.6 bilion yang berada dalam akaun bank peribadinya adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi dan menafikan menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi.

Semalam Reuters melaporkan, Mahathir berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib dan menolak kemungkinan mengadakan rundingan soal pembebasan atau pemulangan semula wang.


Ulasan: Walaupun skandal 1MDB mungkin merupakan kes yang rumit dan memerlukan masa yang panjang untuk menyiasatnya, tetapi kes terdekat yang paling mudah dijadikan asas yang memungkinkan Najib ditahan ialah berkaitan kemasukan RM42 juta daripada SRC International, anak syarikat 1MDB, ke dalam akaun peribadinya.

RM42 juta itu diakui sendiri diterima oleh Najib, tetapi beliau berdalih dengan menyatakan tidak mengetahui ia bersumberkan daripada SRC International kerana menyangka ia bersekali dengan dana RM2,600 juta yang kononnya diterima daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

Berikutan dana RM42 juta itulah juga dua pengarah SRC International, Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Arif Kamil telah didakwa menghilangkan diri dan dipercayai masih berada di luar negara sehingga kini.

Najib dipercayai diberikan RM42 juta itu berikutan SRC International memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada dana Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP yang dibawah selian Kementerian Kewangan. – Baca lanjut SINI 

KLIK BACA: Peguam sahkan beberapa rumah Najib diserbu barangan mewah dirampas, beg tangan, pakaian

KLIK BACA: Shafee, Najib jangan lupa Anwar sudah bebas

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

KLIK VIDEO: Dulu kata saya penjawa Anwar, sekarang saya bebas dia – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share