KUALA LUMPUR, 16 Mei: Lebih 10 buah kenderaan serta lori ‘Black Maria’ tiba di kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, malam ini.

Kenderaan polis serta lori, yang membawa kotak dipercayai untuk mengisi dokumen, tiba jam 10.15 malam selepas Najib pulang daripada menunaikan solat tarawih bersama jemaah lain di Masjid Kampung Baru di sini pada jam 9.35 malam.

Kawasan rumah Najib kini di kawal ketat oleh anggota polis dan media tidak dibenarkan berada dekat dengan rumah bekas pemimpin nombor satu negara itu.

Terdahulu, sebuah kenderaan Toyota Vellfire, dinaiki Najib diiringi oleh kenderaan polis meninggalkan kediaman itu pada jam 8.20 untuk ke Masjid Kampung Baru.

Menurut sumber, selain rumah Najib di Kuala Lumpur polis turut ke lokasi berasingan antaranya kediaman Seri Perdana, Pejabat Perdana Menteri, Pavilion Tower A dan B. – Bernama

KLIK BACA: Peguam sahkan beberapa rumah Najib diserbu barangan mewah dirampas, beg tangan, pakaian

KLIK VIDEO: Dr Mahathir: Gani Patail mahu dakwa Najib sebelum dipecat

Ulasan: Walaupun skandal 1MDB mungkin merupakan kes yang rumit dan memerlukan masa yang panjang untuk menyiasatnya, tetapi kes terdekat yang paling mudah dijadikan asas yang memungkinkan Najib ditahan ialah berkaitan kemasukan RM42 juta daripada SRC International, anak syarikat 1MDB, ke dalam akaun peribadinya.

RM42 juta itu diakui sendiri diterima oleh Najib, tetapi beliau berdalih dengan menyatakan tidak mengetahui ia bersumberkan daripada SRC International kerana menyangka ia bersekali dengan dana RM2,600 juta yang kononnya diterima daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

Berikutan dana RM42 juta itulah juga dua pengarah SRC International, Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Arif Kamil telah didakwa menghilangkan diri dan dipercayai masih berada di luar negara sehingga kini.

Najib dipercayai diberikan RM42 juta itu berikutan SRC International memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada dana Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP yang dibawah selian Kementerian Kewangan. – Baca lanjut SINI 

KLIK BACA: Peguam sahkan beberapa rumah Najib diserbu barangan mewah dirampas, beg tangan, pakaian

KLIK VIDEO: Dr Mahathir: Gani Patail mahu dakwa Najib sebelum dipecat

KLIK BACA: Shafee, Najib jangan lupa Anwar sudah bebas

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

KLIK VIDEO: Dulu kata saya masuk Anwar dalam tahanan sekarang saya bebas dia – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE