Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya kerajaan mempunyai kes terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak “dalam masa terdekat”.

Beliau juga berkata sama ada Najib akan menerima hukuman di penjara bergantung kepada hasil siasatan.

“Jika tiada kes, kami tidak akan tahan tanpa perbicaraan,” katanya dipetik sebagai berkata oleh Reuters.

Sebelum ini, Dr Mahathir berulang kali mendakwa Najib menyelewengkan dana daripada firma itu, meskipun dinafikan bekas perdana menteri berkenaan.


BERNAMA: Dalam wawancara dengan WSJ di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa, Dr Mahathir juga berkata beliau menjangka pertuduhan jenayah akan difailkan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak susulan siasatan yang dilakukan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyelewengkan beratus-ratus juta dolar Amerika Syarikat daripada sebuah dana pelaburan negara.

Dalam laporan WSJ yang disiarkan secara dalam talian pada Selasa, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata beliau tidak akan menawarkan pembebasan kepada Najib dalam usaha mendapatkan kembali wang yang hilang itu.

“Tidak akan ada rundingan,” kata Dr Mahathir seperti dipetik dalam artikel itu, yang ditulis berasaskan wawancara melalui pautan video bagi The Wall Street Journal CEO Council di Tokyo.

Dr Mahathir berkata, siasatan penuh perlu disiapkan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Najib.

“Ketika ini kami dalam proses mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara yang beliau sembunyikan ketika berkuasa dulu,” katanya.

Dr Mahathir dipetik daripada laporan itu sebagai berkata kerajaan pimpinan beliau akan mematuhi proses yang ditetapkan dan Najib akan dilayan secara adil.

Pada 2015, The Wall Street Journal melaporkan AS$681 juta dana 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Bagaimanapun, Najib dan 1MDB menafikan melakukan sebarang penyelewengan. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini.

Kes berkaitan 1MDB juga disiasat di beberapa negara. – Bernama

KLIK TERKINI: Walaupun ada bukti Apandi tolak cadangan SPRM siasat 1MDB – Pengakuan Pegawai

KLIK PANAS: Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM buat laporan terhadap Najib…isu dana KWAP dan 1MDB

KLIK BACA: GST mansuh muktamad tak perlu persoal lagi, untuk tambah kuasa beli rakyat – Zeti

KLIK BACA: Lokman Adam penyokong Najib ditamatkan perkhidmatan di Kementerian Kewangan

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE