Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan berita pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka esok adalah hadiah istimewa menjelang Ramadan.

“Kami telah tidak bersamanya pada banyak Ramadan dan saya anggap inilah hadiah paling manis untuk keluarga dan keluarga besar di Permatang Pauh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini.

Nurul Izzah berkata usaha petisyen permohonan pengampunan untuk Anwar yang dimulakan sejak 2015 akhirnya berjaya.

“Kami sentiasa berjuang bersamanya dalam usaha melakukan reformasi keadilan… ini bukan setakat mengenai bapa saya, tetapi melakukan ini demi keadilan,” kata beliau.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan agar mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja berkaitan proses pengampunan dan pembebasan Anwar dimuktamadkan esok.

Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya.

Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun. – Bernama

KLIK BACA: Najib bakal didakwa, tiada rundingan dapatkan semula wang, kata Perdana Menteri

KLIK TERKINI: Walaupun ada bukti Apandi tolak cadangan SPRM siasat 1MDB – Pengakuan Pegawai

KLIK PANAS: Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM buat laporan terhadap Najib…isu dana KWAP dan 1MDB

KLIK BACA: GST mansuh muktamad tak perlu persoal lagi, untuk tambah kuasa beli rakyat – Zeti

KLIK BACA: Lokman Adam penyokong Najib ditamatkan perkhidmatan di Kementerian Kewangan

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE