Datuk Dzulkifli Ahmad letak jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PUTRAJAYA – Dzulkifli dilaporkan telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, pagi ini.

Pada masa sama, Perdana menteri baru Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu Ali Hamsa dan pegawai agensi kerajaan kanan yang lain, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini.

Dzulkifli, 50, dilantik memegang jawatan tertinggi SPRM pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagaimanapun nama Abu Kassim kini disebut-sebut bakal memegang jawatan itu sekali lagi susulan peletakan jawatan Dzulkifli.

Selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan berikutan kemenangan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, Mahathir memberi amaran bahawa ketua-ketua agensi kerajaan termasuk SPRM akan turut disiasat sekiranya tidak berlaku adil atau membuat keputusan yang salah.

Dr Mahathir juga berkata semua ketua utama yang baru akan disaring oleh parlimen.

KLIK TERKINI: Kerajaan Tun M digesa siasat semula Scorpene dan Razak Baginda

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

KLIK BACA: Tony AirAsia jadi mangsa kerana tolak peletakan jawatan saya – Rafidah

KLIK BACA: PM Tun Mahathir mesti segera bawa balik Jho Low

KLIK BACA: AG kena ‘bullshit’ dengan PM Mahathir, takkan tak faham-faham lagi?

KLIK BACA: Nampaknya projek pertama HARAPAN adalah membesarkan lagi penjara Sg Buloh.

KLIK BACA: Disekat keluar – Najib bercuti dalam negara, sesuatu yang jarang kita dengar? – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share