oleh Shahbudin Husin

Sebaik saja BN disahkan tewas kepada Pakatan Harapan dan Najib Razak tidak mungkin lagi menjadi Perdana Menteri, Peguam Negara, Apandi Ali pagi ini membuat kenyataan bahawa jabatan yang diterajuinya adalah bebas daripada sebarang cengkaman politik.

Sehubungan itu, tegasnya, Pejabat Peguam Negara kekal berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan Pakatan Harapan dan akan melakukan pendakwaan ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tanpa mengira senario politik semasa.

Apandi dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015 berikutan penyingkiran secara mengejut penyandang terdahulu, Gani Patail ketika sedang mengetuai pasukan petugas khas menyiasat skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi Najib Razak dan baru-baru ini kontrak perkhidmatannya disambung lagi selama tiga tahun sehingga 2021.

Apandi kemudian membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan 1MDB.

Bagaimanapun, Tun Mahathir Mohamad yang dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 di Istana Negara tempohari ketika ditanya wartawan tentang reaksinya berhubung kenyataan Apandi itu berkata, ia adalah “bullshit” (mengarut).

Saya fikir apa yang Peguam Negara kata berkenaan menasihatkan kerajaan itu sebagai mengarut kerana kerajaan belum dibentuk lagi, katanya.

Kehkehkeh….

Dengan sindiran pedas Tun Mahathir itu, Apandi seharusnya faham tentang kedudukan dan nasib dirinya.

Gambarannya ialah kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir tidak memerlukan lagi nasihat beliau atas kedudukannya sebagai Peguam Negara selepas ini.

Maka, sebaiknya Apandi patut mula berkemas-kemas untuk meninggalkan jawatan tersebut kerana nampaknya di mata Tun Mahathir, pelindung kleptokrat hampir pasti tiada tempat di hatinya.

Tetapi, adakah Apandi faham bahasa sindiran Tun Mahathir itu? – Sumber Shahbudin Husin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Rencana adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews.

KLIK TERKINI: Dzulkifli Ahmad letak jawatan KP SPRM

KLIK BACA: Nik Omar disebut-sebut dilantik menteri kabinet bidang agama

KLIK TERKINI: Kerajaan Tun M digesa siasat semula Scorpene dan Razak Baginda

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

KLIK BACA: PM Tun Mahathir mesti segera bawa balik Jho Low

KLIK BACA: Disekat keluar – Najib bercuti dalam negara, tak pernah dengar? – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share