Bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin menegaskan peralihan kuasa kerajaan yang akan diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir perlu berlangsung dengan lancar dan tersusun. – Foto Free Malaysia Today

Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat kenyataan di bawah selepas rakyat Malaysia mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 semalam yang menyaksikan HARAPAN menumpaskan BN.

“Kini tiba masanya untuk mereka dipilih secara bebas oleh rakyat Malaysia untuk memimpin negara kita.

“Negara kita hanya boleh selamat jika kita memastikan peralihan kuasa yang lancar dan teratur, kerana tanpa kedaulatan undang-undang, kita menjadi negara yang tiada keadilan dan kesaksamaan” tulisnya di Instagram.

Khairy yang juga ketua pemuda Umno juga menggesa kerajaan baru serta menteri yang dilantik supaya menjaga Malaysia dengan baik.

“Setiap inci tanah ini mesti dipertahankan. Saya akan mempertanggungjawabkan kamu bagi pihak rakyat kita sebagai anggota pembangkang. Sama seperti yang kamu lakukan sebelum ini.

“Ayuh kita tunjukkan kepada dunia bahawa kita boleh bersatu selepas segala apa yang dikatakan atau dilakukan. Demi membina masa depan yang lebih baik.

“Semoga Tuhan merahmati Malaysia selamanya,” katanya.

Khairy yang terselamat daripada dikalahkan di kerusi Rembau juga berkata, BN sudah melakukan yang terbaik untuk mendapat mandat rakyat tetapi usaha itu tidak cukup baik.

“Saya sayangkan negara saya. Dan saya berasa bangga kerana memberikan khidmat untuk negara ini. Dan kerana sayangkan negara inilah saya menghormati kehendak rakyat,” katanya.

“Kepada mereka yang masih menyokong kami, saya minta maaf kerana mengecewakan anda semua.

“Kepada mereka yang tidak menyokong kami, saya menghormati keputusan anda,” katanya.

KLIK BACA: Peguam Negara kata hari ini soal menasihatkan kerajaan PH ‘mengarut’, kata PM Mahathir

KLIK BACA: Jika undang-undang dapati Najib lakukan kesalahan dia berdepan tindakan – PM Mahathir

KLIK VIDEO: Beberapa ketua agensi kerajaan akan digugurkan, kata PM Mahathir

KLIK VIDEO: Di hospital Anwar turut saksikan Dr Mahathir angkat sumpah PM 

KLIK BACA: Bapa Altantuya hubungi Tun Mahathir sehari sebelum PRU14

KLIK BACA: Tun Mahathir buktikan gigih berjuang, sabar penghinaan Umno-BN – Anwar Ibrahim

KLIK BACA: Rafidah: RAKYAT tunggu Najib Hisham akui atau nafi swasta tanah tentera

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share