Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Anina Saadudin yang mendakwa bekas Menteri Besar Kedah itu terbabit dalam isu kelulusan pajakan tanah pantai di Langkawi.

BHOnline melaporkan Mukhriz mengulas dakwaan Anina yang mempertikaikan kelulusan pajakan tanah pantai untuk tempoh 60 tahun di Langkawi kepada Dr Mahathir pada 2014, iaitu ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Anina turut memuat naik di Facebook beliau dokumen yang didakwa salinan surat tawaran pajakan berkenaan kepada Dr Mahathir.

Mukhriz pada masa sama menafikan salinan surat tawaran dikemukakan Anina itu dengan mendakwa ia adalah penipuan semata-mata bertujuan mempengaruhi undi menjelang saat akhir Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang selepas selesai pilihan raya ini. Anina perlu terima padahnya sebab membuat penipuan untuk menjatuhkan imej saya dan ayah saya, Tun Dr Mahathir Mohamad,” beliau dipetik berkata oleh BHOnline selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Siputeh, di Jerlun semalam.

KLIK BACA: Saya terima keputusan rakyat PRU14 – Najib

KLIK BACA: Shafie tak dibenarkan masuk Istana Negeri

KLIK BACA: Majlis angkat sumpah Tun Mahathir PM ditangguh

KLIK BACA: BN kalah PRU14, Dr Mahathir berjaya lakukan tugas mustahil, kata pengerusi BERNAMA

KLIK BACA: Mahathir – HARAPAN tak mahu balas dendam…

MESTI BACA: Teks Penuh: Kenapa Tun Mahathir kata pilihanraya ke 14 tidak seperti PRU dahulu lagi? 

KLIK BACA: Rafidah: RAKYAT tunggu Najib Hisham akui atau nafi isu swasta tanah tentera

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share