Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini lebih bermotifkan peribadi dan bukannya demi kepentingan negara.

Beliau berkata kritikan Mahathir juga semata-mata ingin melihat Najib tidak lagi menjadi perdana menteri dan bukannya berhasrat mengubah sistem pemerintahan sedia ada kepada yang lebih baik.

“Masalah kita bukan masalah orang tetapi masalah nak ubah kepada pemerintahan Islam yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata parti itu tidak berhasrat untuk berebut kuasa pada PRU14 tetapi mahu kerajaan mengubah cara pemerintahan sedia ada. – Bernama


Nota Ana Ghoib: Hadi tak mahu Anwar jadi PM tapi pilih Ku Li apakah motifnya pula?

PAS tak perlu sibuk kerana kerangka pemerintahan Islam Umno sudah baik cuma akhlak dan polisi peribadi beberapa pemimpinnya sahaja yang ‘serong’.

Hasrat Mahathir tukar pemimpin yang mempunyai polisi lebih baik itu disusahkan oleh Hadi dengan pilihan hatinya yang tersembunyi.

Apabila beberapa mufti menyebut cukai GST tidak boleh dalam Islam kerana orang miskin pun turut terkena – datang ulama PAS yang lebih Islam dari orang lain berkecuali pula bila mengundi di Parlimen.

Islam sahaja dijaja Hadi walhal Islam tiada kena mengenapun dengan PAS sedangkan Islam itu asasnya syahadah, solat, puasa, zakat, fitrah, haji dan segala rukunnya.

Puas rakyat melayu muslim beri peluang PAS kuasakan hudud dengan kerjasama Umno tetapi sibuk dibantainya bergaduh dengan DAP – bukannya berunding dengan parti Melayu lain dan Raja-Raja Melayu.

Isu hudud dan RUU355 akhirnya dipelecokkan oleh Najib yang menurut kehendak komponen BN MIC MCA GERAKAN agar usul tidak dibawa oleh kerajaan yang mana akhirnya Hadi sendiri terkedu.

Mudahnya Hadi harus menjinakkan Najib pemilik polisi yang berkuasa tetapi berbolak-balik atau menggantikan Najib kepada PM lain menurut cara Mahathir yang sudah puas menasihat tetapi berdegil.

Ingatlah Hadi, ulama sebenar menujukan pengikutnya kepada Allah dan Rasul juga kalamullah bukan kepada parti politik yang mahu merebut kuasa dan pangkat lagi habuan dunia.

Islam di Malaysia sudah ada JAKIM dan Mufti jadi apa guna politik Islam ala-PAS lagi selain membuat riuh memecah belah politik melayu?

Firman Allah: Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (merekalah yang akan menerima akibat buruknya), sedang mereka tidak menyedari. – (Al-An’aam 6:123)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – Ana Ghoib Hud’s

KLIK BACA: Tun Daim – PAS tumbang kerana Hadi, rakyat tak mati tanpa GST Najib

KLIK BACA: Mahathir bimbang Najib tak mahu serah kuasa jika kalah PRU14 

KLIK BACA: Najib agungkan sangat Transformasi kenapa? soalan maut pakcik dari Kedah

KLIK BACA: Najib burukkan Dr Mahathir di Sabah

KLIK VIDEO: Ucapan Nik Omar, Husam, Tun Mahathir gempur Kelantan

KLIK BACA: Kubur Nik Aziz dikunci, Mokhtar Senik suruh Dr Mahathir ziarah kubur sendiri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share