oleh Husin Mahat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak salah apabila tidak membenarkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menjadi pemantau pilihan raya umum (PRU), kata timbalan pengerusi Biro Dasar dan Strategi PPBM, Wan Saiful Wan Jan.

Menurut beliau, pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sepatutnya merasa malu apabila membuat larangan itu kerana sebagai seorang muslim dan rakyat Malaysia, beliau perlu mendahulukan rakyat daripada hal-hal lain.

Mengulas keputusan SPR menghalang Suhakam daripada menjadi pemerhati bebas PRU ke-14, Wan Saiful menyifatkan keputusan SPR itu sebagai satu ketidakadilan bagi rakyat Malaysia.

“Saya menyokong penuh (Tan Sri) Razali Ismail (Pengerusi Suhakam) untuk terus mendesak menjadi pemerhati bebas walaupun dihalang SPR,” tegas Wan Saiful.

Menurut beliau, Suhakam adalah badan bebas yang ditubuhkan parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999.

Sehubungan itu, kata Wan Saiful menghalang Suhakam daripada berkhidmat kepada rakyat tanpa memberikan alasan yang wajar menunjukkan SPR bukan lagi sebuah badan yang bebas.

Beliau juga mempersoalkan sama ada halangan Suhakam menjadi pemerhati bebas dibuat SPR kerana badan pemantau hak asasi manusia itu berhasrat memantau kawasan pilihan raya yang dianggap ‘panas’.

“Mulanya dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya, kemudian membubarkan (sementara) Parti Pribumi. Kemudian peraturan-peraturan baru yang ganjil,” kata Wan Saiful.

Malah SPR, katanya mewujudkan peraturan pilihan raya yang remeh seperti menghalang foto pemimpin politik pembangkang digunakan dalam poster.

“Semakin jelas apabila PRU semakin hampir, SPR membuat peraturan-peraturan yang memihak kepada Najib dan Umno dan merugikan Pakatan Harapan (PH),” tambah beliau.

Wan Saiful menyifatkan halangan Suhakam menjadi pemerhati bebas adalah usaha terakhir SPR.

“Jangan lupa pada PRU lalu apabila nama pemilih hilang daripada daftar pemilih, orang ramai mengadu terus kepada Suhakam (dan bukannya SPR).

“Ini menunjukkan kepercayaan rakyat kepada intergriti dan kebebasan Suhakam,” katanya.

Semalam Suhakam memaklumkan permohonan mereka untuk menjadi pemerhati PRU ditolak SPR.

“Ini bermakna Suhakam tidak dibenarkan memasuki kawasan pembuangan undi semasa pilihan raya ini,” kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataannya.

Suhakam tidak berpuashati dengan keputusan ini terutama ketika diberitahu bahawa akan ada pemerhati antarabangsa dalam pilihan raya ini.

“Pilihan raya bebas dan adil adalah tiang utama kepada hak asasi manusia, dan Suhakam mendesak SPR agar memberikan pengiktirafan dan menerima asas utama kepada hak asasi manusia berkaitan intergriti,” kata Razali. – Sumber ihsan MalaysiaDateline

KLIK VIDEO: Nasib baik mungkin pesawat ke Langkawi terhempas, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib monyok sebab tak biasa makan nasi, kata Rafizi

KLIK BACA: Dr Mahathir tamatkan sumpah Mahsuri Langkawi inikan pula sumpah Umno

KLIK BACABahaya undi BN, harga minyak bakal naik berganda selepas 9 Mei?

KLIK BACA: Kasihan Mahathir – PH guna logo mata lebam – Hadi Awang

KLIK BACA:  Veteran tentera sedih Najib gadai ribuan hektar tanah ATM

KLIK VIDEO: Tidak boleh tuduh seseorang pencuri kecuali ada bukti, kata Najib

KLIK BACA: Pening kepala Najib, cucu Tun Ghaffar lawan Najib di Pekan PRU14

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE