BANDA ACEH: Sekurang-kurangnya 10 terkorban, manakala puluhan lagi cedera dalam kebakaran di sebuah telaga minyak haram di wilayah Aceh, pagi tadi.

Menurut pihak berkuasa, tumpahan minyak menyebabkan api semakin marak pada jam 1.30 pagi (waktu tempatan) hingga memusnahkan sekurang-kurangnya tiga kediaman.

Setakat ini, usaha untuk mengawal kebakaran sedang giat dijalankan pihak berkuasa.

“Kebakaran masih marak dan sehingga kini masih gagal dipadamkan sepenuhnya,” kata ketua mukim Ranto Peureulak, Aceh, Saiful. – AFP

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share