Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri ‘boneka’ jika HARAPAN membentuk kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya percaya Dr Mahathir tidak layak untuk menjadi perdana menteri lagi kerana dia terlalu tua, lemah, dan mudah dimanipulasi oleh DAP.

“Dia kadang-kadang tidak dapat mengingati nama penuh PPBM sendiri,” katanya dalam satu surat terbuka kepada pengerusi PPBM itu hari ini.

Kamarul Azman juga mendakwa PPBM kini menjadi ejen DAP untuk menghancurkan orang Melayu.

Beliau juga menuduh Dr Mahathir menggunakan PPBM untuk membina kekuatan politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Nota Ana Ghoib: Cikgu sastera – Maka berteorilah para penjilat bangsat untuk menghalang konvoi bantuan kepada orang melayu yang dibelengu hutang serta cukai dan gadaian pesaka negara tanpa mengendahkan ‘culprit’ sebenar bangsanya.

Penjilat ini belum masak politik antarabangsa hanya mamat kampungan yang terlopong jika ditanya berkenaan polisi parti keramatnya terhadap Spratly [minyak di bawahnya] yang mana hari ini BHOnline media pro kerajaan memetik Reuters melaporkan China dengan bangganya menayang imej satelit bangunan yang mereka bina.

Dalam kepalanya siapa PM, siapa tua, siapa muda bergaya banyak duit dan penyokong bukannya siapa memiliki polisi terbaik untuk bangsa dan negara sendiri.

Dasar penjilat…minyak Petronas, Sarawak, Terengganu, Pahang habis kelak disalahkan dunia walhal pusaka negara tak tahu diurus dipertahannya sibuk berpolitik menaik nama sendiri demi dedak yang seciput senang sementara.

KLIK VIDEO: Tidak boleh tuduh seseorang pencuri kecuali ada bukti, kata Najib

KLIK BACA: Najib cipta hashtag #TsunamiPHitnah, kononnya fitnah pembangkang tapi….

KLIK BACA: Puad wajib jadi calon bebas lawan Najib di Pekan, letak jawatan JASA tidak memadai

KLIK BACA: 3 bekas menteri mahu jadi apa atau ia petanda Najib sudah ‘buang tabiat’?

KLIK BACA: Hutang negara RM680 bilion, hapus tol hutang boleh cecah RM1 trilion, kata Najib

KLIK BACA: Dr Mahathir tamatkan sumpah Mahsuri Langkawi inikan pula sumpah Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share