Pulau Langkawi yang mundur dipercayai akibat sumpah Mahsuri selama 7 keturunan dilihat tamat apabila Dr Mahathir membangunkan pulau perangingan legenda tersebut. – Foto Straits Times

oleh Zainuddin Maidin

Pengumuman rasmi Tun Dr. Mahathir menjadi calon Parlimen Langkawi dan calon Perdana Menteri memberikan impak yang besar ke seluruh negara kerana dipercayai akan mengembalikan negara ini yang sedang dalam krisis kayakinan paling teruk dalam sejarahnya ke landasan yang benar.

Langkawi dilihat sebagai deposit tetap kepada Mahathir dan jika beliau dengan usaha dan izin Allah menamatkan sumpahan Mahsuri dengan memberikan pembangunan dan kemakuran kepada penduduk Langkawi inikan pula hanya untuk menghancurkan sumpahan UMNO yang sudah tidak lagi direstui oleh rakyat.

Beliau akan menutup sejarah UMNO di Pulau Legenda yang indah itu.

Dihadapan beribu-ribu orang yang datang untuk mengalu-ngalukannya sebagai calon Langkawai tempohari Mahathir dengan penuh keyakinan menyatakan bahwa jika Najib melihat himpunan raksaksa ini maka dia akan senak perut dan terkincit.

Berita terkini yang saya terima sebahagian besar orang UMNO di Langkawi sendiri adalah menyokong kehadiran Mahatir sebagai calon Langkawi.

*Tan Sri Zainuddin Maidin adalah bekas menteri penerangan era Tun Dr Mahathir.

Di bawah adalah komen pembaca blog beliau ZamKata – yang bertelingkah dengan dipercayai ‘Macai Maya’.

Banyak bisness dah tutup kedai, bukan saja the loaf. Tokay Mydin pun dah bersuara bisness lembab.

Banyak shoplot dan di shopping complex kosong. Kerajaan pun suruh rakyat buat 2 kerja, graduan disuruh bawa teksi dan jual nasi lemak.

Di Johor beribu serbu econsave bila ada khabar palsu boleh dapat barang free. Drebar teksi sampai pijak memijak rebut kad teksi rm800. Baik sangat la ekonomi sekarang? Macam taik.

Ni nak tanya 23.44, pemimpin pi minum nescafe kat club de vegas tu apa hal? Duit rm250 juta pada nfc dah bayar belum? “Units” 1MDB kat singapore tu apa benda?

Macam mana orang yg tiada kelayakan accounting boleh jadi Ketua Audit Negara? Sapa penderma penderma 2.6b? Nama mahathir a/l kutty kat IC dia betul ke tak?

Nak bantu tingkatkan ekonomi US, MAS dah order boeing ka belum? Sapa pemimpin pembangkang yg jadi dalang insiden lahad datu?

Apasal duit derma 2.6b tak masuk akaun parti? Kenapa boleh buat demo menentang kekejaman terhadap rohingya tapi tidak terhadap warga Yaman? Bila nak saman wsj?

Kau rasa kau pandai sangat; sampai tahap kau rasa layak bagi nasihat pada orang lain, nah sila jawab. Aku yg tak faham bisness dan politik tunggu pencerahan kau? – Sekian

Nota Ana Ghoib: Macai Maya [internet] sering dirujuk sebagai bodoh atau sengaja buat-buat bodoh oleh penyokong Pakatan Harapan.

Mereka [macai maya] bukanlah bodoh sebenarnya tetapi kerana putar belit media berbayar dan akibat kemalasan mereka sendiri membaca dengan mendalam segala isu dari mula hingga akhirnya.

Jika orang buta itu warna merah, biru, hitam dan putih sama sahaja tetapi bagi orang yang bodoh benar dan salah sama sahaja!

Malaysia bernasib baik Dr Mahathir, Shafie Apdal, Muhyiddin, Gani Patail, Hamid Bador, Zeti, Mukhriz, Rafidah Aziz, Rais Yatim dan lain-lain termasuk para selebriti popular dan lain-lain bukan Pak Turut atau Pak Angguk kepada kebathilan namun menyokong kebenaran.

Allah menetapkan di dalam Al Quran bahawa selain syirik, mendustakan kebenaran itu juga dianggap ZALIM.

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. – (Al-‘Ankabuut 29:68-69)

Apakah MO1 memperbaiki AMALANnya yang suka mencukai, membuat janji tidak tertunai, menyembunyikan kebenaran mengenai 1MDB dengan OSA dan banyak lagi muslihat dari isu perkauman dan agama seperti dirungutkan rakyat?

Apakah MO1 bersedia menghadapi hari pengadilan bilamana rakyat-rakyatnya kelak akan menuntut yang mana satu hari di mahsyar itu sama dengan 1000 tahun?

FirmanNya: Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang munafik. (Al-‘Ankabut: 11)

FirmanNya: Tetapi (sebenarnya) telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka dahulu selalu menyembunyikannya. (Al-An’am: 28)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s *Orang sombong mendustakan kebenaran jika tak melutut di dunia pasti melutut di tebing neraka.

KLIK BACA: Tun Mahathir isytihar cuti 10, 11 Mei jika HARAPAN menang PRU14

MESTI BACA: Belum apa-apa DAP tunjuk belang umum calon Menteri Kabinet, kata Najib 

KLIK BACA: Tun Mahathir mesti menang di Langkawi, Umno lama berkuasa ‘pemimpin lupa diri, bongkak dan bersifat yang tiada had’

KLIK BACA: Hadi sarjana politik Islam, Mahathir hanya doktor tapi PM ini dikagumi dunia

KLIK BACA: PM Mahathir tidak membazir, lagak sombong atau takbur dan pendengar suara rakyat

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share