Polemik Pilihan Raya Umum ke-14 [PRU14] perlawanan antara Dr Mahathir dan Najib Razak. – Foto Free Malaysia Today

oleh Shahbudin Husin

Para pengampu Najib Razak, termasuk beberapa menteri dan timbalan menteri, demi mempertahankan keputusan SPR mengadakan hari pengundian PRU 14 pada hari Rabu, turut menyatakan bahawa perkara yang sama juga berlaku ketika era kepimpinan Tun Mahathir Mohamad dahulu.

Mereka membandingkan bahawa pada PRU 1995 dan 1999, hari pengundian juga diadakan pada hari bekerja.

Dengan demikian, kata mereka, apa beza antara Najib dengan Tun Mahathir?

Apa yang mereka barangkali lupa ialah meskipun Tun Mahathir bersetuju dengan pilihan SPR mengadakan pilihanraya pada hari bekerja di tahun 1995 dan 1999 itu, beliau kemudiannya telah mengisytiharkan cuti umum di seluruh negara untuk hari berkenaan.

Hari mengundi yang diisytiharkan sebagai cuti umum itu ialah pada Isnin, 24 April 1995 dan Isnin juga, 29 November 1999.

Yang lebih cantiknya, dengan mengadakan hari pengundian yang jatuh pada hari Isnin di kedua-dua pilihanraya tersebut dan kemudian mengisytiharkannya sebagai cuti umum, rakyat telah mendapat tiga hari cuti sebagai kemudahan serta keselesaan kepada mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Tapi, apa yang Najib lakukan?

Sudahlah pemilihan hari pengundi kali ini diadakan pada “hari tersepit” iaitu Rabu di mana jika pengundi luar yang mengundi di Kelantan atau Kedah misalnya, mereka perlu mengambil sekurang-kurangnya dua hari cuti tahunan, Najib juga tiada keberanian untuk mengisytiharkan tarikh 9 Mei itu sebagai cuti umum?

Kenapa Najib tak seberani Tun Mahathir?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Artikel pertama kali disiarkan di blog beliau tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews.

KLIK BACA: Rafidah jawab Hisham sepupu Najib, Demi Allah setiap inci tanah tentera diswastakan

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin

KLIK BACA: Veteran Umno Zaharin: Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti Najib?

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE