oleh Arif Atan

Bekas veteran Umno, Datuk Zaharin Mohd Yasin mengingatkan angkatan tentera sepatutnya setia kepada Yang di-Pertuan Agong bukannya kepada parti pemerintah.

Menurutnya, doktrin yang ada pada tugas angkatan tentera yang merangkumi laut, darat dan udara bertaraf diraja tidak mempunyai kaitan dengan parti kerajaan sama seperti pasukan polis.

“Tentera dan polis tidak boleh menyebut akan setia kepada kerajaan, kerana kerajaan itu parti politik.

“Sepatutnya, mencukupi berkata kesetiaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” tegasnya dipetik daripada kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong adalah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera yang mempunyai dekri memutuskan sesuatu perkara berkaitan hal angkatan tentera dan pertahanan.

“Jika disebut kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, maka kenalah setia kepada kerajaan Yang Di-Pertuan Agong.

“Makna dan ertinya dia bebas dari campur tangan politik. Tak akan hal kecil saperti isu pengucapan awam ini, saya nak sekolahkan juga kepada seorang Jeneral,” bidasnya.

Zaharin dipercayai mengulas kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 30 Mac lalu yang menggesa anggota tentera dan polis bersyukur serta setia kepada kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Zaharin menyifatkan agak pelik seorang Panglima tidak dapat membezakan antara penjawat awam dengan angkatan tentera.

“Tidakkah dia faham kenapa urusan Perkhidmatan Tentera terletak di Majlis Angkatan Tentera dan Perkhidmatan Polis di Suruhanjaya Perkhidmatan Polis tidak di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?

“Inilah standard pengetahuan dasar awam dan sistem pemerintahan Malaysia oleh seorang Panglima Tentera yang ada empat bintang,” bidas penulis blog itu lagi. – Sumber MalaysiaDateline

KLIK BACA: Rafidah jawab Hisham sepupu Najib, Demi Allah setiap inci tanah tentera diswastakan

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin

KLIK BACA: Kita bagai haiwan jika tiada rasa hormat, kata Tunku Mahkota Johor

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE