Tan Sri Rafidah Aziz hari ini membidas Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas menteri pertahanan itu menuduhnya menyebarkan “maklumat tidak benar” dan “pembohongan nyata”, berikutan surat terbuka mengenai penswastaan puluhan ribu hektar tanah milik tentera.

Bekas menteri perdagangan itu mencabar kerajaan mendedahkan kertas putih Kabinet mengenai kira-kira 40,000 hektar tanah, yang menurutnya diswastakan tanpa tender terbuka di bawah rancangan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada 2007, yang merupakan menteri pertahanan pada masa itu.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi,” kata Rafidah melafazkan sumpah dalam mesejnya.

“Saya bersaksi dengan Allah. Yang penting adalah semua tanah Kementah telah diswastakan dan pajakan selama 40 tahun kepada syarikat milik individu.

“Jangan dinafikan fakta ini,” katanya seperti dilapor FMT, beberapa jam selepas Hishamuddin menafikan dakwaan dalam “surat terbuka” kepada Najib yang disiarkan di Facebooknya.

Terdahulu, Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas Hishammuddin yang juga sepupu Najib menafikan dakwaan Rafidah mengatakan satu syarikat milik 3 individu kini memiliki setiap inci tanah Kementerian Pertahanan atau tentera.

Rafidah didalam surat terbukanya antara lain berkata, Najib mencadangkan penswastaan itu diberi secara terus kepada satu syarikat milik 3 individu, 2 lelaki dan seorang wanita, dengan tempoh pajakan selama 40 tahun, tanpa tender terbuka atau meminta sebut harga.

Menurutnya, beliau satu-satunya menteri yang mempersoalkan cadangan itu di mesyuarat Kabinet, antaranya mengapa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak dipilih untuk cadangan penswastaan itu.

“Kementah tidak lagi memiliki 1 inci pun tanah. Semua sudah diswastakan kepada syarikat dimiliki 3 individu.

“Itu fakta asas. Usah lari dari fakta asas. Allah mengetahui segala-galanya.

“Saya tidak bertanggungjawab jika saya hanya duduk, dan membiarkan kesilapan dan salah laku berleluasa,” katanya.

Rafidah berkata keputusannya menulis “surat terbuka” kepada Najib datang dari hati nuraninya dan beliau sudah bersara justeru berminat dalam politik cuma mahu membetulkan perkara yang salah.

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin

KLIK BACA: Kita bagai haiwan jika tiada rasa hormat, kata Tunku Mahkota Johor

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Teori MAHATHIR akan ganti ‘RAHMAN’, kata Kit Siang

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share