Shafie Apdal mengulas keluhan Najib bahawa soal persahabatan tidak boleh menjadi lebih utama berbanding masa depan negara. – Foto Free Malaysia Today

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengulas kenyataan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini yang menyifatkan Shafie telah ‘menikam belakangnya’ apabila keluar dari Umno.

“Saya bagi peluang luar biasa kepada Shafie menjadi naib presiden (Umno) dan melantiknya menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membawa perubahan di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.

“Saya kecewa dalam keadaan tertentu dia tikam saya dari belakang… pedih rasanya apabila sahabat karib berbuat demikian,” kata Najib seperti dilapor Bernama.

Shafie kini penyandang parlimen Semporna mendakwa, beliau mengadakan “pertemuan empat mata” dengan Najib di kediaman presiden Umno itu, dan menasihatinya agar “mengambil tindakan yang perlu dan betul” sebelum skandal 1MDB meletus.

“Saya beritahu dia skandal 1MDB bukan saja akan menghantui dirinya dan Umno tetapi negara secara keseluruhan. Dan sekarang seluruh dunia bercakap tentangnya.

“Selepas beliau tidak dengar nasihat itu, saya bangkitkan lagi dalam mesyuarat Kabinet. Bukan sekali, tetapi beberapa kali dan menteri lain hanya berdiam diri. Akhirnya (bekas perdana menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin turut bersuara dan berkata 1MDB di landasan salah.

“Saya bersuara secara berdepan, maka nak tuduh saya tikam belakang adalah suatu yang tak masuk akal. Najib seperti orang yang lemas dan berpaut pada tali,” katanya lagi.

Beliau berkata tuduhan tidak berasas seumpama itu tidak akan menyelesaikan isu 1MDB.

Mengakui Najib pernah menjadi kawan dan mentornya, Shafie berkata beliau dulu sentiasa menyokongnya ketika hadir dengan dasar yang baik untuk rakyat dan negara.

“Tetapi kawan atau tidak, saya tidak boleh terus membisu di saat negara dan parti terdedah dengan cemuhan dan keaiban,” katanya lagi.

Shafie berkata tidak akan teragak-agak untuk mengecam sesiapa yang dirasakannya melakukan kesalahan dan menyifatkan pembodek sebagai “parasit terburuk bagi sebuah negara”.

Berkenaan dakwaan Najib bahawa Shafie tidak mengikut nasihatnya agar mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Shafie menyatakan rasa hairannya apabila Musa “berbisik perkara tidak benar kepada Najib”.

“Musa sepatutnya menggesa isu Perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan segera dan bukannya mengutuk saya. Saya bukan lagi dalam Umno.

“Barangkali Musa kini melihat saya dan WARISAN sebagai ancaman lebih besar kepadanya dan survival Umno di Sabah,” katanya.

Berhubung kenyataan Najib bahawa BN akan menewaskannya di Semporna, Shafie mengingatkan Najib betapa beliau sendiri nyaris tersungkur di Pekan dalam satu pilihan raya akibat rasa tidak puas hati anggota Umno.

“Saya sudah buat yang terbaik untuk penduduk Semporna dan mereka mengetahuinya. Takdir saya (pada PRU ke-14) di tangan mereka dan saya tidak risau mereka khianati saya,” katanya.

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Rafidah dedah Najib swastakan tanah tentera

KLIK BACA: Teori MAHATHIR akan ganti ‘RAHMAN’, kata Kit Siang

KLIK BACA: Di negara lain pemimpin seperti Najib sudah lama diketepikan dan tidak diperlukan

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share