Tan Sri Rafidah Aziz mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menswastakan tanah Angkatan Tentera Malaysia. – Foto Free Malaysia Today

Bekas menteri kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz dalam surat terbuka beliau malam ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku menteri pertahanan mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara kepada sebuah syarikat milik tiga individu.

Rafidah berkata cadangan itu dibuat kepada kerajaan pada 2008 dan telahpun diluluskan serta dilaksanakan.

“Saya agak ragu dan telah bertanya kepada Datuk Seri, dalam mesyuarat tersebut mengapa diswastakan kepada syarikat yang tidak langsung diketahui rekodnya.

“Mengapa tidak diswastakan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang boleh bergabung dengan syarikat-syarikat besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti.

“Jawapan Datuk Seri kepada saya, dan disambut oleh PM Abdullah ialah, kita akan bawa masuk LTAT kemudian. Tiada seorang pun menteri lain menyoal Datuk Seri,” kata beliau.

Pada ketika itu, perdana menteri ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Rafidah menjawat portfolio menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Rafidah berkata penswataan tanah tersebut berdasarkan pajakan tanah selama 40 tahun dan diberikan tanpa tender terbuka tetapi apabila harga tanah itu dibuat penilaian semula, syarikat terbabit mendapat untung berkali ganda.

Rafidah juga meminta Najib mendedahkan nama syarikat itu dan tiga individu pemiliknya serta butiran lanjut penswastaan tanah berkenaan.

“Rakyat perlu tahu semua fakta-fakta. Silalah dedahkan untuk pengetahuan awam,” kata Rafidah dalam surat terbuka itu.

Rafidah turut meminta penjelasan Najib berhubung beberapa projek utama kerajaan jika ia melibatkan tanah tentera yang diwastakan itu.

Antara projek yang disenaraikan dalam surat Rafidah itu ialah Bandar Malaysia yang merupakan bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi, perpindahan kem Majidee, Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), projek Keretapi Laju KL-Singapura, projek komersil pertanian dan penjualan pengkalan udara TUDM Butterwoth.

Surat terbuka Rafidah Aziz boleh di baca di laman Facebook beliau di SINI.

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Teori MAHATHIR akan ganti ‘RAHMAN’, kata Kit Siang

KLIK BACA: Ummi Hafilda sokong Tun Mahathir, bersama Azmin jatuhkan Najib

KLIK BACA: Di negara lain pemimpin seperti Najib sudah lama diketepikan dan tidak diperlukan

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut Umno

KLIK BACA: Najib semakin ‘bahaya’ kepada masa depan negara

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share