Teori atau ramalan “RAHMAN” bagi 6 perdana menteri Malaysia sudah lengkap dengan nama Najib. – Foto The Malaysian Insight

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berharap teori ‘RAHMAN’ akan diikuti ramalan “MAHATHIR” selepas pilihan raya ke-14 (PRU14).

Ramai percaya teori “RAHMAN” meramalkan 6 perdana menteri pertama Malaysia, dengan setiap huruf mewakili nama setiap pemimpin itu, bermula dengan Tunku Abdul Rahman, diikuti Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

“Biar teori ‘RAHMAN’ menyempurnakan ramalannya sehingga PRU14, dan mungkin ia digantikan teori ‘MAHATHIR’ pula untuk 8 perdana menteri akan datang.”

Kit Siang bekata, 2 huruf pertama teori ini akan menjadi kenyataan jika Pakatan Harapan (PH) menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan baru di Putrajaya selepas PRU14.

“Ini kerana PH memutuskan Dr Mahathir menjadi perdana menteri ke-7, sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-8 — memenuhi 2 huruf pertama ramalan ‘MAHATHIR’.

“Sama ada perdana menteri selepas Anwar menepati ramalan ini, hanya masa akan menentukannya,” kata Lim dalam ucapannya pada ceramah kopitiam DAP di Damai, Kota Kinabalu, hari ini.

Lim menolak dakwaan sesetengah pihak, beliau akan menjadi perdana menteri sekiranya PH memenangi PRU14.

KLIK BACA: Ummi Hafilda sokong Tun Mahathir, bersama Azmin jatuhkan Najib

KLIK BACA: Di negara lain pemimpin seperti Najib sudah lama diketepikan dan tidak diperlukan

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut Umno

KLIK BACA: Najib semakin ‘bahaya’ kepada masa depan negara

KLIK BACA: Semoga Allah beri hidayah kepada hakim-hakim kita untuk tegakkan kebenaran – Tun Mahathir

KLIK BACA: Imam Besar Mekah komen isu berita palsu ‘Fake News’ kepada pegawai media kerajaan Malaysia tapi…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share