Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dari perspektif orang melayu menyaksikan pertandingan tokoh berpengalaman Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim melawan Najib Razak serta sekutunya Zahid Hamidi. – Foto Free Malaysia Today

oleh Shahbudin Husin

Parlimen sah dibubarkan berkuatkuasa hari ini, tetapi yang nyatanya Najib Razak hanya berani membubarkan Parlimen setelah RoS membubarkan Bersatu terlebih dahulu.

Tidak cukup dengan Pakatan Harapan tidak diberi kelulusan, hanya setelah Bersatu dibubarkan oleh Ros saja yang akhirnya memberi kekuatan kepada Najib untuk membubarkan Parlimen.

Patutlah pembubaran ini sengaja dilewat-lewatkan sehingga ke hujung tempoh, tujuannya tidak lain ialah untuk memberi ruang kepada RoS mencari sebab dan alasan untuk membubarkan Bersatu terlebih dahulu.

Di sebalik sering mengaku dirinya berdarah Bugis, pahlawan Bugis dan pendekar Bugis, keberanian Najib tidaklah setara mana – dengan lelaki tua berusia 93 tahun pun hatinya selalu kecut ketakutan.

Ternampak bahawa Najib tiada keberanian sebenar, jauh sekali memiliki ciri-ciri pendekar untuk berdepan dengan Tun Mahathir Mohamad yang mengetuai Pakatan Harapan secara adil dan di atas padang tarian yang sama rata.

Bagaimanapun, luahan dua bekas menteri, Dr. Rais Yatim dan Rafidah Aziz terhadap apa yang dilakukan oleh RoS kepada Bersatu ( tentunya atas tanggapan bahawa tindakan RoS itu adalah atas arahan pemimpin politik) seharusnya membuatkan Najib rasa malunya dengan dirinya sendiri.

Kata Dr. Rais, pembubaran Bersatu yang dilakukan di ambang PRU 14 adalah sesuatu yang tidak kena dan seolah-olah menyembelih demokrasi dalam negara ini.

Tak malukah Najib dengan hakikat itu?

Rafidah pula, seorang perempuan hakikatnya, meminta Najib bertarung seperti pendekar sebenar dalam pilihanraya kali ini.

Lagi sekali, tak malukah Najib, seorang perempuan seperti Rafidah, seolah-olah menggesanya menjadi jantan dan lelaki sebenar untuk berhadapan dengan Tun Mahathir?

Kepada pengundi semua, pilihan PRU 14 ini adalah untuk kita, masa depan kita, anak-anak kita dan generasi seterusnya.

Jika kita merasakan Najib cuba memenangi pilihanraya dengan cara yang tidak adil, mewujudkan padang tarian yang tidak sama rata dan menggunakan sekian banyak instrumen agensi kerajaan bagaikan mereka itu parti komponen BN, inilah masanya kita sebagai rakyat, pengundi dan pembayar cukai untuk menjatuhkan hukuman.

Di banyak negara lain, pemimpin seperti Najib ini sudah lama diketepikan dan tidak diperlukan, lalu jangan kita terus kaku serta ketinggalan tanpa perubahan.

Perubahan kali ini adalah suatu kebaikan untuk kita semua. – ShahbudinHusin

*Shahahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Artikel pertama kali disiar di blognya adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaDreamNews.

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut Umno

KLIK BACA: Semoga Allah beri hidayah kepada hakim-hakim kita untuk tegakkan kebenaran – Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib bertarunglah seperti Pendekar Bugis – Rafidah

KLIK BACA: Najib semakin ‘bahaya’ kepada masa depan negara

CLICK READ: Dr Mahathir – The destruction if Najib is returned will be even worse than presently.

KLIK BACA: Imam Besar Mekah komen isu berita palsu ‘Fake News’ kepada pegawai media kerajaan Malaysia tapi…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share