NGO BERSIH dan Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) mempersoalkan kenyataan 1MDB yang mendakwa RM430 juta  yang dibekukan pihak berkuasa Switzerland merupakan denda.

“1MDB perlu berhenti menipu bahawa kononnya wang mereka disahkan ‘bersih’ di Switzerland.

“Apa yang 1MDB tidak mengaku adalah penyelewengan yang jelas ke atas pengurusan dana 1MDB,” kata pengerusi bertindak BERSIH Shahrul Aman Mohd Saari dalam sidang media di Petaling Jaya semalam, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) mengarahkan “penyingkiran keuntungan dari hasil haram” dari tiga akaun bank berasingan – Falcon Bank dan Coutts & Co Ltd – yang berjumlah RM430 juta.

Pihak berkuasa Switzerland juga menyiasat transaksi berkaitan 1MDB yang dibuat tanpa keperluan untuk membuat transasksi seumpamanya oleh tiga bank berkenaan.

Shahrul menjelaskan Finma berulang kali merujuk jumlah berkenaan sebagai “penyingkiran keuntungan dari hasil haram” atau “perolehan keuntungan secara haram”.

“Jika kita lihat kenyataan media rasmi yang dikeluarkan Finma yang memperincikan sekatan mereka terhadap tiga bank itu, 1MDB disebut banyak kali.

“Jadi bagaimana 1MDB dengan mudahnya mengatakan ia tidak kehilangan wang sama sekali?

“Mereka gelar ia sebagai denda. Ia bukan denda. Ia adalah penyingkiran dana haram yang masuk ke dalam bank melalui penggubahan wang haram, dengan menipu atau mencuri,” kata pengarah eksekutif C4 Cynthia Gabriel yang turut hadir dalam sidang media itu lapor Malaysiakini.

Cynthia juga memaklumkan berkenaan usaha ahli parlimen Switzerland Carlo Sommaruga dalam membentangkan usul memohon dana haram dipulangkan kepada negara asal.

Meskipun usul berkenaan tidak diluluskan, kata Cynthia, Sommaruga sedang dalam proses mendraf usul kedua menyentuh isu sama.

KLIK BACA: Jho Low beli Equanimity guna duit 1MDB bukan Berita Palsu Okay!

KLIK BACA: GST: ‘Hanya orang bodoh je tak marah’, kata Hanipa

KLIK BACA: Dr Mahathir – Inilah warisan peninggalan Najib

KLIK BACA: Negara hancur jika Najib kekal PM – Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib mewarisi kesabaran Pak Lah dan gaya karismatik Anwar, dakwa Annuar Musa

KLIK BACA: Kalau undang2 berita palsu sudah ada, Najiblah orang pertama yang patut didakwa!!! – Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share