Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sekali lagi memohon maaf kerana mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap pentadbirannya gara-gara skandal berbaur kronisme melibatkan individu yang mempunyai pertalian dengan isterinya.

Terdapat khabar angin mengatakan sekeping tanah milik kerajaan dijual pada harga diskaun kepada seorang pengusaha sekolah kebangsaan yang mempunyai pertalian dengan isteri presiden itu, Abe dan isterinya bagaimanapun menafikan penglibatan mereka.

“Isu ini telah menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran, sebagai ketua kerajaan, saya rasa bertanggungjawab dan ingin memohon maaf kepada rakyat,” kata Abe.

Beliau bagaimanapun dilihat tidak berniat untuk meletak jawatan, malah berjanji untuk menyemak semula perlembagaan dan memperbaik pentadbirannya.

Melalui undian awam yang dijalankan, populariti Abe merudum 31 peratus dan rakyat berkata presiden itu harus bertanggungjawab dalam skandal tersebut.

Sokongan yang makin merudum akan menjejaskan peluang Abe untuk menjadi pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) bagi penggal ketiga pada pilihan raya parti September nanti, yang bakal menjadikan beliau menjadi individu paling lama menjadi presiden Jepun. – Reuters

KLIK BACATun Mahathir sihat tapi Perdana Menteri bukan macam pilih ketua kampung – Khairy

KLIK BACA: Khairy kaldai bertopengkan manusia, Khairuddin pertahan Dr Mahathir

KLIK BACA: Kalau undang2 berita palsu sudah ada, Najiblah orang pertama yang patut didakwa!!! – Shahbudin Husin

MESTI BACA: PM ke 7 – Debat terbuka antara Najib, Mahathir dan Hadi wajar di adakan

KLIK BACA: LAWAK kedudukan terkini Najib kalah 0-3 kepada Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE