Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila turut sama menghadiri Wacana Sinar Harian ke-53 yang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) di Shah Alam hari ini.

Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri tiba di lobi Karangkraf sekitar jam 4 petang bagi mengikuti program tersebut yang bertajuk: Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?

Bekas perdana menteri itu, menulis di Twitter mengenai kehadirannya.

“Ada forum bertajuk, “Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?” Saya hadir. I’m here guys. Say it to my face,” ciapnya.

Siri wacana menampilkan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Di samping itu, sesi wacana ini juga dikendalikan Nazri Kahar dari Astro Awani selaku moderator.

Laporan oleh Sinar Harian di bawah:

Moderator: Apakah rahsia Pakatan Harapan angkat Tun Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri?

Dr Kamarul Zaman Yusoff: Tun Mahathir terlalu tua untuk menjadi perdana menteri kerana faktor fizikal beliau semakin tua dan pernah dua kali melakukan pintasan jantung iaitu pada 1989 dan 2007.

Dr Kamarul Zaman: Daripada segi genetik, adik beradik Tun Mahathir meninggal dunia pada usia yang lanjut antara usia 80 hingga 90 tahun.

Dr Mat Saat: Rekod menunjukkan ada 100 negara lain yang perdana menterinya berusia lebih 93 tahun.

Dr Kamarul Zaman:  Pada pandangan saya fizikal dan mental Tun M tidak membenarkan beliau menjadi perdana menteri kerana jawatan tersebut memerlukan tenaga yang banyak dan jadual padat.

Kevin: Tekanan main peranan sangat besar. Daripada pemerhatian, kita lihat Tun M seorang individu yang tenang ketika bercakap atau berikan kenyataan. Cara beliau juga tidak menampakkan seorang panas baran dan daripada segi pemakanan juga sederhana. Jadi ini mungkin ini antara faktor beliau masih mampu teruskan perjuangannya.

Dr Mat Saat: Tun M  pernah lalui zaman kemuncak sebagai perdana menteri dan tidak mustahil ia akan berulang jika beliau diangkat sebagai perdana menteri.

Dr Kamarul Zaman: Tun M tidak banyak membantu undi orang Melayu kerana sikap beliau sendiri terhadap agama Islam. Mahu atau tidak, undi orang Melayu Islam mampu ditarik oleh Pas.

Dr Mat saat: Usia menjadi isu dalam negara kita kerana sejarah pentadbiran kita belum ada individu lebih 90 tahun menjadi perdana menteri, tidak seperti negara lain.

Moderator: Tun M masih boleh faham hasrat golongan muda dan pada masa sama, golongan muda juga masih boleh terima pemikirannya. Adakah salah untuk pengundi ini memilih beliau sebagai perdana menteri?

Kevin: Antara masalah yang kita hadapi pada PRU14 adakala bukan soal persona calon tersebut, tetapi pilihan yang ada.

Dr Kamarul Zaman Yusoff berdepan dengan Tun Mahathir semasa Wacana Sinar Harian – Kelab Che Det

Dr Kamarul Zaman Yusoff [baju hijau] pengkritik tegar cadangan Tun Mahathir dikatakan cuak bila berdepan dengan negarawan tersebut semasa Wacana Sinar Harian.

Komen pembaca Kelab Che Det Facebook:

Mohamad Shahwal Manan Ariffin: mula2 bertalu2 dia Dr Kamarul balon Tun…

Masa Tun M masuk dewan terus berubah mukanya.. cara menjawab jawapan pun agak gagap2 dn tak teratur..umo 93 pun tak ckp gagap2 macam dia.”

Zul Alias:  Hahaha…masa jemput dia tu dah tanya tun ada ker…kalau tahu tun ada memang tak nak datang for sure…last2 kutuk2 punya kutuk…siap cakap tun jadi puppet lagi…sanggap nak jawap…tapi tun ilex jer…

Ahli panel kena check mate ngan tun hari ni…terus perbahasan menjadi pendek….

Shera Sheera Zul Alias itulah beza antara orang yg sombong pangkat PhD dengan pemimpin intelektual

Kamareya Hassan: Ckp dlm suratkhabar bole la…hv some respect to Tun…pangkat tggi2 pon x guna.

Sesi soal jawab Wacana Sinar Harian

Moderator: Bercakap soal usia lagi, boleh beri alasan kenapa Tun M bukan individu sesuai?

Dr Kamarul Zaman: Walau sekuat mana tubuh badan manusia itu akan sampai masa kita lemah dan setiap orang akan melaluinya. Memimpin sebuah parti ia sesuatu yang sukar kerana faktor usia dan kekuatan semasa.

Jawapan spontan Tun Dr Mahathir semasa berada di Wacana Sinar Harian tersebut.

Tun Mahathir: Saya aktif bukan tubuh badan sahaja malah akal fikiran.

Tun Mahathir: Being active is very important. Dari dahulu saya aktif iaitu memikir dan menyelesaikan masalah.  Dari segi menjaga kesihatan saya sedar kalau kita terlalu gemuk ia tidak bagus.

Tun Mahathir: Bila saya lancar deklarasi rakyat pembangkang sertai saya. Saya banyak kali nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun tak jalan.

“Bila saya letak jawatan… saya ingat saya boleh naik cruise (kapal layar),” katanya sambil disambut gelak ketawa oleh hadirin. – Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK TERKINI: Saya tua, Najib masih muda, kepada Allah SWT saya serahkan diri saya

KLIK BACA: MB N9 Mohamad Hasan beritahu pemuda BN ‘terbalikkan meja, kena tangkap dengan polis, saya jamin’

KLIK BACA: Penjelasan Dr Mahathir – GST perlu kerana kerajaan membazir salah guna, hutang tinggi Najib hutang lagi..

KLIK BACA: Annuar: Pembangkang kecewa Najib lebih bijak, tidak menari ikut rentak Tun Mahathir

KLIK BACARafidah ingatkan rakyat jangan bersubahat undi ahli politik korup yang menyamar semuanya baik

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share