Siti Nurhaliza dilihat memegang bayinya tanpa mendedahkan wajah. – Foto Instagram

Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi gambarnya bersama anak yang diberi nama sementara Fatimah Az-Zahra, selepas berkongsi suara dan baju pertama yang dipakai puteri sulungnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Siti, 39, melahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan mereka berdua.

“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

“Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian,”

“Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik. Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini.

“Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor,” ujarnya diikuti tanda pagar #BabyCTDK.

Rata-rata peminat melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan gambar penuh Fatimah Az-Zahra, biarpun gambarnya sudah tersebar kurang 24 jam selepas kelahirannya.

KLIK BACA: MB N9 Mohamad Hasan beritahu pemuda BN ‘terbalikkan meja, kena tangkap dengan polis, saya jamin’

KLIK BACA: Penjelasan Dr Mahathir – GST perlu kerana kerajaan membazir salah guna, hutang tinggi Najib hutang lagi..

KLIK BACA: Annuar: Pembangkang kecewa Najib lebih bijak, tidak menari ikut rentak Tun Mahathir

KLIK BACARafidah ingatkan rakyat jangan bersubahat undi ahli politik korup yang menyamar semuanya baik

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share