Rafidah Aziz lantang mengkritik kerajaan dalam beberapa isu termasuk isu skandal 1Malaysia Development Berhad.– Foto ihsan Sinar Online

Bekas menteri kabinet dan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mengundi pemimpin politik yang korup.

Rafidah berkata, tindakan memilih pemimpin yang rasuah itu samalah seperti membenarkan salah laku yang dilakukan ahli politik berkenaan.

The Malaysian Insight melaporkan dalam satu tulisannya di Facebook, bekas menteri perdagangan itu turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia akan “bersubahat” dengan perbuatan rasuah dan pengkhianatan sekiranya mereka secara sukarela mengundi ahli politik yang korup.

“Wahai rakyat Malaysia, sila ingat kata-kata peringatan ini. Rakyat yang terus memilih ahli politik yang korup atau rasuah, yang menyamar (sebagai terbaik), pencuri dan pengkhianat, tidak menjadi mangsa. Sebaliknya mereka dianggap sebagai bersubahat.”

“Ini kerana secara langsung, rakyat itu membenarkan (ahli politik terbabit) terus melakukan perkara yang tidak betul,” kata Rafidah.

Sebelum ini Rafidah menyelar pihak berkuasa kerajaan kerana tidak proaktif dalam mengesan kapal mewah The Equinimity, selepas pihak berkuasa Indonesia merampas kapal berkenaan di Bali atas pemintaan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI).

Media melaporkan sebelum ini, Rafidah mengkritik pihak berkuasa kerana menjalankan siasatan terhadap isteri bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Dr Siti Hasmah Mohd Ali berhubung perhimpunan wanita di ibu negara.

KLIK BACA: Penjelasan Dr Mahathir – GST perlu kerana kerajaan membazir salah guna, hutang tinggi Najib hutang lagi..

KLIK VIDEO: Dr Mahathir akui tua tapi ingatkan Najib jangan sombong dengan kesihatan

KLIK BACA: Najib kena sedar dia pun ‘tua’ juga macam Tun Mahathir

KLIK BACA: Memalukan sindiran MSNBC rampasan Equanimity akan menyumbang kekayaan Amerika – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Saya rasa 1MDB sendiri bogelkan diri sebab tak tahan kepanasan – Hanipa Maidin

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share