Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respons kritikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai usianya untuk memimpin negara ini.

Beliau menjawab kenyataan Najib baru-baru ini yang mengatakan tiada negara di dunia akan memilih pemimpin berusia 93 tahun sebagai calon perdana menteri.

Menerusi video di Facebook, Mahathir berkata pada usia 93 tahun beliau masih mampu menunggang kuda, memandu kereta dan mengalahkan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Soal umur saya masih disebut-sebut kononnya saya sudah 93 tahun dan tak mungkin boleh jadi PM.

“Tetapi 93 tahun boleh lagi buat macam-macam bukan saja naik kuda , bawa kereta, tapi untuk mengalahkan Najib, masih boleh,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu.

Mahathir, yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003, akan berusia 93 tahun pada tahun ini berikrar akan menjatuhkan Najib.

Beliau dinamakan sebagai calon perdana menteri oleh HARAPAN sekiranya gabungan parti itu memenangi PRU14.

“Saya percaya Najib berasa amat takut sekali dengan orang tua ini sebab tu macam-macam dia buat nak sekat saya dari bertanding pun.

“Sampai parti saya pun tak nak diluluskan atau nak diharamkan. Janganlah takut sangat. Ya saya tua, tapi kita lihatkanlah apa akan berlaku kepada awak yang begitu sombong dengan kesihatan,” katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa HARAPAN boleh menang dalam PRU14 jika tidak berlaku ‘penipuan’.

“Kalau tak tipu awak akan kalah dalam pilihan raya ini. Kalau berani, jangan tipu,” katanya.

KLIK BACA: Penjelasan Dr Mahathir – GST perlu kerana kerajaan membazir salah guna, hutang tinggi Najib hutang lagi..

KLIK BACARafidah ingatkan rakyat jangan subahat undi ahli politik korup yang menyamar semuanya baik

KLIK BACA: Penjelasan Dr Mahathir – GST perlu kerana kerajaan membazir salah guna, hutang tinggi Najib hutang lagi..

KLIK BACARafidah ingatkan rakyat jangan subahat undi ahli politik korup yang menyamar semuanya baik

KLIK BACA: Najib kena sedar dia pun ‘tua’ juga macam Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya rasa 1MDB sendiri bogelkan diri sebab tak tahan kepanasan – Hanipa Maidin

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share