Arsy Hallawi
Arsy Hallawi wanita hijab makan babi

Seorang wanita warga Indonesia tampil memohon maaf selepas mencetuskan kontroversi video ‘makan daging babi’ di media sosial.

Wanita yang dikenali sebagai Arsy Hallawi memuat naik video berkenaan dan mendakwa bahawa daging yang dimakannya itu sebenarnya ialah daging ayam.

“Saya meminta maaf atas kelakuan dan kata-kata saya yang menuduh pekerja Indonesia di Singapura, Hong Kong dan Taiwan memakan daging babi,” katanya.

Menurutnya, daging ayam dan kulit ayam yang putih itu sengaja diletakkan kicap untuk mengelirukan orang ramai.

Arsy mendakwa dia sengaja memuat naik video itu kerana mahu netizen melupakan video di mana dia dituduh cuba merampas suami orang.

“Walaupun kejadian itu sudah lama, tetapi ia tetap memberi tekanan kepada saya,” katanya dalam video berkenaan.

Arsy sebelum ini menerima kecaman hebat daripada netizen apabila dia memuat naik sebuah video di Facebook yang menunjukkan dia sedang makan sejenis daging dimasak kicap yang didakwanya babi.

“Saya sedang makan kerana saya lapar, saya masak daging babi. Ini bahagian paha yang masih muda, jadi dagingnya lembut dan tidak keras,” kata Arsy dalam video yang tular itu.

Wanita berhijab yang dipercayai bekerja di Hong Kong itu turut menuduh warga Indonesia yang bekerja di Hong Kong, Taiwan dan Singapura sebagai berbohong jika mereka tidak pernah makan daging babi.

KLIK BACA: Rakyat lebih menderita jika Najib kekal berkuasa – Mahathir PM ke-7

KLIK BACA: Najib jangan buat-buat tak faham, bermudah meningkatkan pendapatan kerajaan dengan cukai GST yang mencekik rakyat – Dr Dzul

KLIK BACA: Tulisan penuh TH Subky Latiff – Menyiasat Jho Low seperti menyiasat Najib

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE