Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), berkata melalui sepucuk surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bertarikh 6 April 2016, mengesahkan bahawa Low adalah pemilik Good Star Limited, sebuah syarikat yang menerima sejumlah AS$1.03 bilion (RM4.2 bilion) daripada 1MDB.

oleh Melati A. Jalil

AHLI Parlimen DAP hari ini menuduh ketua polis negara (KPN) membuat kenyataan tidak tepat berhubung ahli perniagaan Low Taek Jho dan kaitannya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), meskipun terdapat bukti yang menyatakan sebaliknya.

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), berkata melalui sepucuk surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bertarikh 6 April 2016, mengesahkan bahawa Low adalah pemilik Good Star Limited, sebuah syarikat yang menerima sejumlah AS$1.03 bilion (RM4.2 bilion) daripada 1MDB.

Surat itu, katanya, ada dalam simpanan polis.

“Adakah KPN sedang tidur? Siapa yang cuba dilindunginya? Kenapa KPN enggan menyiasat skandal 1MDB? Adakah KPN mendakwa yang BNM mereka bukti berkenaan (surat BNM)

“Ekoran kegagalan menyiasat 1MDB dan menipu untuk melindungi pihak yang mencuri daripada rakyat, Tan Sri Mohamad Fuzi Harus akan diingat dalam lipatan sejarah sebagai KPN terburuk Malaysia,” kata Tony dalam sidang media di Parlimen.

Beliau menunjukkan salinan surat BNM kepada media, menyatakan yang surat itu pertama kali disiarkan oleh The Wall Street Journal.

Beliau turut mengulangi yang Pengerusi PAC Hasan Arifin enggan berkongsi surat berkenaan dengan ahli jawatankuasa kerana mendakwa surat itu sulit.

“Ini berlaku meskipun BNM secara jelas mengatakan yang maklumat dalam surat berkenaan adalah untuk ‘kegunaan siasatan oleh PAC’,” katanya.

Pua semalam berkata bahawa PAC menerima surat pertama daripada BNM pada April 2016, mengesahkan Good Star, yang menerima AS$1.03 bilion secara terus daripada 1MDB, bukan anak syarikat usahasama 1MDB, Petrosaudi International Ltd.

Pada Mei 2016, Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis Parlimen, berkata Good Star dimilik oleh Petrosaudi International semasa ia menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB.

Kementerian itu berkata, berdasarkan kepada rekod syarikat pelaburan tersebut, ketika bayaran itu dibuat pada 2009, Good Star dimiliki oleh Petrosaudi International.

Pada 2016, Pua dan ahli pembangkang lain dalam PAC mendakwa Hasan telah memadam perenggan yang menyatakan Good Star dimiliki oleh “individu yang tiada kaitan dengan kumpulan Petrosaudi”.

Minggu lepas, Fuzi dalam kenyataan berkata bahawa kapal layar mewah berniai RM1 bilion, The Equanimity, yang dimiliki Low, tidak dirampas kerana Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) telah memfailkan saman sivil untuk membekukan aset 1MDB.

Fuzi berkata siasatan polis terhadap 1MDB yang dibuat berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentang di Parlimen pada 7 April 2016 itu menunjukkan Low tidak pernah di syarikat dana pelaburan negara itu.

The Malaysian Insight kini sedang cuba menghubungi KPN bagi mendapatkan respons. – Sumber The Malaysian Insight 13 Mac, 2018.

KLIK BACA: Najib jangan buat-buat tak faham, bermudah meningkatkan pendapatan kerajaan dengan cukai GST yang mencekik rakyat – Dr Dzul

KLIK BACA: Tulisan penuh TH Subky Latiff – Menyiasat Jho Low seperti menyiasat Najib

KLIK BACA: Tulisan terakhir Tan Sri Sanusi Junid – kita perlu jadi bangsa yang berani…

KLIK BACA: Muhyiddin – Saya tidak iktiraf dia Perdana Menteri pun

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

KLIK BACA: Tun Mahathir jantan berani dari MO1 – peguam Hanipa Maidin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE