Skandal 1MDB telah menjadi sorotan muka hadapan majalah hal ehwal semasa terkemuka Indonesia, Tempo.

Muka hadapan itu memaparkan ilustrasi kapal mewah Equanimity dengan karikatur kelihatan seperti ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho yang dikenali sebagai jho Low.

Di bawah kapal mewah itu terdapat dua penyelam sedang melihat sebuah peti besi gergasi.

Tajuk utamanya berjudul, ‘Pesiar Rasuah 1MDB’.

Tajuk kecil Majalah Tempo itu bertulis: “Diduga dibeli dengan uang korupsi, kapal Malaysia disita polisi di Bali, pemiliknya orang dekat Perdana Menteri Najib Razak.”

Kapal persiaran mewah itu dirampas pada 28 Februari lalu di pesisir pantai Teluk Benoa di Bali dalam operasi bersama di antara pihak berkuasa Indonesia dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS.

Jabatan Keadilan Amerika SYarikat (DOJ) mendakwa kapal bernilai AS$260 juta (RM1 bilion) itu dikomisyenkan oleh Low menggunakan duit yang dilesapkan daripada 1MDB.

Edisi 1MDB Majalah Tempo akan berada di pasaran Indonesia bermula hari esok. Ia bagi edisi bertarikh 12 Mac sehingga ke 18 Mac ini. – Sumber Malaysiakini

KLIK BACA: Tulisan penuh TH Subky Latiff – Menyiasat Jho Low seperti menyiasat Najib

KLIK BACA: Tulisan terakhir Tan Sri Sanusi Junid – kita perlu jadi bangsa yang berani…

KLIK BACA: Muhyiddin – Saya tidak iktiraf dia Perdana Menteri pun

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

KLIK BACA: Tun Mahathir jantan berani dari MO1 – peguam Hanipa Maidin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share