Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir dan Presiden AMANAH Mohamd Sabu. – Foto ihsan The Malay Mail

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata demikian untuk menggambarkan gabungannya dengan bekas veteran PAS yang kini menjadi Presiden Amanah iaitu Mohamad Sabu membentuk Pakatan Harapan untuk melawan Barisan Nasional pada PRU14.

“Nampak pelik bukan? Saya duduk dengan Mohamad Sabu orang yang saya sumbat dalam Taiping (penjara) dua kali, ” katanya disambut tawa khalayak yang hadir program ceramah di Bachok, malam tadi.

Mohamad pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dua kali ketika Dr Mahathir perdana menteri.

“Dia dulu panggil saya maha firaun. La (sekarang) duduk tepi saya dan berbisik dengan saya.

“Saya tidak pernah bermimpi ini akan jadi sesuatu hari. Tetapi ia sudah jadi,” kata Dr Mahathir tentang hubungan barunya dengan Mohamad.

“Ini kerana negara menjurus kepada sesuatu yang luar daripada jangkaan. Jadi kita perlukan sesuatu yang luar dari jangkaan.

“Kita perlu ketepikan perbezaan kita bagi menjatuhkan Najib yang telah mencuri berbilion duit kita,” katanya.

Dr Mahathir berkata Najib akan mencuba semua jenis helah untuk memastikan BN menang dan beliau kekal berkuasa.

Yang pertama ialah proses persempadanan semula di mana pentadbiran itu mencipta lebih banyak kerusi satu kaum.

“Najib percaya yang Melayu akan menyokong BN, iaitu bagi duit pada Melayu mereka akan undi. Ini tidak betul, sapu saja duit tu tapi pangkah PH,” katanya.

Dr Mahathir berkata Najib juga cuba menipu dengan tidak membenarkan PH didaftarkan secara rasmi sebagai satu gabungan.

“Dia tahu kalau PH tidak didaftarkan BN boleh menang. Dia takut. Saya tak pernah jumpa orang politik yang lagi takut seperti Najib.” – Sumber The Malaysian Insight

KLIK BACA: Selamat bersara Lim Guan Eng, ucap Najib

KLIK BACA PENJELASAN: Jho Low macam mana ahli parlimen PH tak meradang? – Peguam Hanipa Maidin

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya?

KLIK BACA: Berapa lagi model Mongolia perlu kita kebumikan, soal anak PM Australia

KLIK BACATun Mahathir semakin mendahului, pilih Najib umpama jerut leher sendiri

KLIK BACA: Tun Mahathir jantan berani dari MO1 – peguam Hanipa Maidin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE