Kata Cynthia, masalah skandal 1MDB tidak dimulakan Najib, namun perdana menteri itulah sebenarnya dalang skandal terbesar itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 10 Mac, 2018.

oleh Low Han Shaun

MASALAH skandal 1MDB bukan dimulakan Najib tetapi beliaulah yang mempergunakan masalah itu untuk kepentingannya, kata pengarah Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel.

Katanya, Perdana Menteri Najib Razak menjadikan isu itu masalah peribadinya apabila beliau dituduh menggunakan wang daripada skandal 1MDB untuk kepentingan keluarganya.

“Ianya peribadi sebab dia ambil 2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadinya. Itu isu peribadi sebab isterinya turut masuk ke dalam kapal layar Equanimity untuk berurusan dengan Jho Low berkaitan berlian merah jambunya.

“Dan kita pula kena selesaikan masalah dalam keseluruhan sistem ini, jadi dia (Najib) tak mulakan masalah ini, tapi masalah ini dimulakan oleh pendahulunya.

“Tapi dia dengan licik gunakan peluang itu untuk kepentingannya selain juga menggunakan sistem kewangan global (melalui anak syarikat) yang membuka pula jendela baharu untuknya,” kata Cynthia sempena pelancaran buku dan forum “From BMF to 1MDB: A Criminological and sociological discussion.”

Minggu lalu, kapal layar mewah Equanimity berharga RM1 bilion yang dimiliki oleh ahli perniagaan yang terkait dengan 1MDB iaitu Low Taek Jho (Jho Low) telah dirampas FBI dan pihak berkuasa Indonesia.

Tahun lepas, Peguam Negara Amerika Syarikat Jeff Sessions mengatakan yang skandal 1MDB sebagai “kleptokrasi pada tahap paling parah” selain berkata lebih dari AS$4.5 bilion dana telah digubah secara haram dalam melalui jaringan transaksi tidak telus yang rumit serta syarikat kosong yang menipu dengan akaun bank di pelbagai negara dari Switzerland dan Singapura ke Luxembourg dan Amerika Syarikat.

Tambah Cynthia, salah satu cara untuk selesaikan masalah dalam kerajaan ini ialah dengan menyeru reformasi institusi penting seperti mewujudkan penguatkuasaan undang-undang yang bebas.

Buku yang dilancarkan itu dikarang oleh profesor kriminologi Universiti Pertahanan Negara Malaysia Teh Yik Koon yang menerangkan bagaimana kronologi dua skandal itu berlaku.

Ujarnya, skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) pada 1970an atau 1MDB terjadi kerana sikap acuh tak acuh rakyat Malaysia sendiri.

“Semua rasuah dan salah guna kuasa berlaku dari masa ke semasa ketika masyarakat membiarkan ianya berlaku sehingga makin teruk,” katanya.

Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan yang sejumlah RM85.51 bilion dana pembayar cukai setakat ini digunakan untuk menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bermasalah seperti Perwaja Steel, Malaysia Airlines MAS dan 1MDB sejak 36 tahun lalu. – Sumber ihsan The Malaysian Insight

KLIK BACA PENJELASAN: Jho Low macam mana ahli parlimen PH tak meradang? – Peguam Hanipa Maidin

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya?

KLIK BACA: Berapa lagi model Mongolia perlu kita kebumikan, soal anak PM Australia

KLIK BACATun Mahathir semakin mendahului, pilih Najib umpama jerut leher sendiri

KLIK BACA: Zahid mesti sedia angkat sumpah Perdana Menteri ke-7, kata Mahfuz

KLIK BACA: Tun Mahathir jantan berani dari MO1 – peguam Hanipa Maidin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE